~jalinan KASIH -1~

5 ulasan

k ah

seperti yang di janjikan hari tu....aku akan bercerita mengenai apa itu PROGRAM JALINAN KASIH

ekceli program nie adalah satu program yang di anjurkan oleh LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN NEGARA..LPPKN..program ini di adakan untuk meraikan kanak2 yang lahir dari hasil perubatan yg di buat di lppkn ini...lupa plak..program ni di buat di bawah jabatan reproduksi manusia.

nie aku citer lahhh ek

ekceli..aku dah wife..selepas 6 tahun berkawen dulu masih belum di kurniakan cahaya mata....dlm tahun pertama perkahwinan kami..wife aku ada mengandung....tapi rezeki takder lagi masa tu...wife aku gugur masa kandungan nya berusia dlm 3 bulan...lps tu..langsung tak melekat...
dlm penantian selama 6 tahun untuk mendapatkan baby tu....
macam2 dugaan yang aku dan wife aku terima.....aku rasa dugaan untuk wife aku lebih teruk dari aku kot...
dia sering menangis pada waktu malam....sebab rasa rendah diri mula menyelubungi diri nya waktu itu...
boleh di katakan..time tu..wife aku menjadi ANTI SOSIAL...apa tak nya...bila pergi apa2 majlis...org mula sibuk bertanya...bila nak dapat baby..?? ada ketrunan mandul ker..?? ada problem sakit ker apa ker..?? macam2 lah lagi pertanyaan yg boleh membuat..jiwa seorg isteri gundah dan sedih terutama pada isteri yg belum mendapat sorang pun cahaya mata.....
Aku selalu menenangkan wife aku bila dia berada dlm keadaan stress tu....

sampai lah satu hari tu di opis.....masa tu aku duduk sebelah mbr opis pompuan...aku lihat di atas meja nya ada beberapa pil...so aku terus tanya...nie pil apa nie..???
dia selamba jwp..pil perancang...kau nak ker..dengan nada gurau...

ek elehhh...aku lagi nak anak...yg kau siap makan pil perancang lagi..ampehh tol...
dia senyum jerr...a ahh..za..apa kata kau pi LPPKN...
amenda tu..? kata aku..
alah..gomen nya klinik....tak silap aku kat sana..ada perubatan untuk org dapat baby....kau pi lah survey2 tanya...
ooo yer kerr...oraittt..sepantas gaban aku akan pi peksa..kata aku...

so malam tu......aku tanya wife aku....
u nak pi tak...kalau i ajak u pi LPPKN....kita pi buat pemeriksaan...untuk dapat baby...
dia..jawap..no problem..dia ikut jer....sebenarnya dah lama dia berniat nak ajak aku pi situ..cuma mulut tak kesampaian nak bagi tahu...

so....dia dah setuju..
tapi sebelum tu....aku berbincang dengan dia...
kita kena ikhlas nak buat nie...dan aku dengan dia bersetuju serta berjanji..
BAHAWA ANTARA KAMI NANTI TIDAK AKAN SALAH MENYALAHKAN ANTARA SATU SAMA LAIN JIKA
HASIL UJIAN NANTI MENUNJUKAN SEKIRANYA SALAH SORANG DARI KAMI PENYEBAB KENAPA KAMI TIDAK DAPAT BABY....

jika itu terjadi...kami berjanji akan mengambil anak angkat.


so.....

nanti sambungan nya dalam jalinan kasih 2

wAChaaaaaaaaaaaaaaaaaa

0 ulasan

ADEHHHhhhhhhhhhhhhhh

salam semua...

agak lama aku tak menulis kat blog nie....ekceli banyak kerja dan aku agak cepat letih agak nie....
dan yang paling penting...aku kurang mood sejak kebelakangan nie...tak tahu napa...???

ada yang terasa hati...ada yang tanya aku..napa nampal lemau jer dalam JL...blog pun tak up date2...
heheheh..ontahlah...aku pun tak tahu napa aku malas betul nak menulis dlm blog nie buat masa nie....
hari nie baru tergerak hati nak menulis kembali..

hari nie...masa minum pagi tadi....agen perisikan aku..ekekek..
ada bagi tahu..yg company nak buat pemantauan penggunaan tenet oleh staff...maksud nya..lps nie dia org akan peksa..waktu kerja ..peksa secara rambang staff....apa yg staff buat waktu kerja...banyak layan tenet ker atau banyak buat kerja...huhuu

aku tanya balik....abis kalau dah macam tu....sapa suwuh bagi tenet kat kita org ekekek...( ekceli bagi tenet untuk menda lain...bukan buat menda yg bukan untuk kepentingan company..)...let say..kerja dah habis buat...dah takder kerja yg nak di siapkan..still tak leh nak melepek dlm tenet ker..??? manyak songel tol ahh company nie....ekeke
ntah lah broo....biasalah company..dia akan cari sebab jer lah nie...kata agen aku..

huhhuhuhu...aku kena kurang bertenet lah nampak nya....
aku akan bertenat selepas pkl 5 ptg...tu tak per..after 5..dah kira time lepak opis....

huhuhuhuhuhuhuhu.......talipon pun lah nie...di rekod kan...
tak syokkk betul macam nie....abis xtiviti riadah aku...hahahahah

nak buek macamano...company bukan bapak aku yg punya....

hahahahahhaha

~JALINAN KASIH 2008~

1 ulasan





nanti aku ulas mengenai program jalinan kasih nie....

LIZA SEKALI LAGI....HUHUHUHU

1 ulasan

10 SEBAB DILARANG PILIH SUAMI ORANG...

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN
"Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua...

////////////////////////////////////////////////////////

Dalam lena ku bermimpi

0 ulasan


Ya Allah jauhkanlah sifat keji dari pemimpin kami, jauhkan lah Ya Allah pemimpinkami dari sifat mementingkan diri, tamakkan harta, beroleh nasihat yang membawa kehancuran dan mementingkan kaum keluarganya Ya Allah

Ya Allah satukanlah hati-hati ini dalam mendokong syariat Mu, berjuang demi Agama Mu, berusaha membangunkan negara tercinta demi meninggikan martabat umat Mu... Ya Allah berilah keberkatan dan keselamatan kepada kami dan generasi seterusnya dari kami agar dapat hidup dalam keadaan bahagia, mencukupi dan dipermudah urusannya.
Ya Allah, Peliharalah Bangsa ku, Selamatkan lah Negaraku, Tegakkanlah Agama Mu... Jauhkankan kami dari bala bencana, Berilah Petunjuk Dan Hidayah Kepada Pemimpin Kami Ya Allah, Pancarkanlah Nur di hati-hati mereka agar mereka beroleh hidayah dalam memimpin kami...

PELAMIN ANGAN KU MUSNAH...ekekekek

4 ulasan

10 CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN WANITA.....

1. LELAKI YANG PRIHATIN -Iaitu mendengar dengan teliti apa yang kami cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, bila dah membebel, panjanglah ceritanya, lepas tu pandai pulak nak menuduh yang kami ni dj baru thr dot fm..kesalahan sendiri tak perasan..

~~~bukan tak mo mendengar..masaalah nya...apa yg di cakap tu tak berbaloi untuk di dengar...hahahah


2. LELAKI YANG MENJADI PENAWAR -Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati kami; walaupun kurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa.

~~~kata-kata manis...? ok jugak tu...tapi nak buat apa berlakon bagi kata2 manis..sedangkan yg betul nya tak semanis kata2 tu..lelaki bukan hipokrit---huhuhuu


3. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA -Kebebasan tu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak . Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaum perempuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yang dikehendaki, kecuali tey kedai tu..lelaki cuma perlu senyum saja. Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu.

~~~hahaha ni part yg paling bess..ok tu..tapi bagi jugak lah kebebasan yg sama bila lelaki pi umah urut..ekeke
bagi lelaki buat apa saja dlm umah urut tu...hahahahhah

4. LELAKI YANG BERHATI-HATI -Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan kami. Sebab... ketahuilah ye.. apabila kaum perempuan itu memasak, mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalau mereka maukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan. Jadi.. biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap. Lain daripada itu, sedap tak sedap..'pulun' aje le...!!!

~~~ ekekek...ni dah macam kes komunis nie..kena paksa makan....


5. LELAKI YANG WANGI -Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda, elakkan B.O;apalagi yang kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak cukup kaki. Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi dan berendamlah dalam botol minyak wangi

~~~kalau dah selalu wangi..mestilah pompuan kena asyik peluk jer lelaki..sanggup tak..???


.6. LELAKI YANG PEMURAH -Dalam erti kata yang lain, lelaki yang pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke tangan perempuan. Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik untuk kaum perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap rokok yang disedut suami. Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang perempuan-perempuan lain.

~~~ kaum pompuan pun kenalah pemurah jugak....redi serahkan bodi anytime bila lelaki nakkkk...hahaha
lagi bagus kalau sepemurah bagi lelaki cukup kan quota....hahaha

7. LELAKI YANG TIDAK KISAH -Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah sangat samada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh ke, nak mengemas atau pun tidak bila di rumah tu. Malah, lelaki yang masuk dalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberi kelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makan sebagai dapur nombor dua mereka. Itulah yang menjadi idaman ramai wanita tu..!!

~~~bab nie...kira ok lah....setuju..dengan syarat lelaki boleh sesuka hati nak balik umah ker tak...

8. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU -Inilah ciri-ciri lelaki yang amat diidamkan perempuan. kongan padu mereka adalah sokongan padu yang amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masa bersidang mereka dengan teman-teman atau jiran tentangga. Apabila mereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hati tidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun perut mereka waktu itu sudah berkeroncong; mereka pandai membawa diri dan perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa yang memiliki dia kan...!!

~~~ jangan kan sokongan padu..sokongan PADAT di berikan bab nie...jgn kaco suami jugak bila suami nak pi kuar lepak2 dgn mbr2 sampai jauh malam

9. LELAKI YANG CINTAKAN KEDAMAIAN -Apabila seseorang lelaki itu bersifat cintakan damai, maka tenanglah hidup mereka bersama wanita pilihan. Contohnya, tidaklah lagi akan kedengaran perbalahan atau undian balik kampung siapa di musim-musim raya . Lelaki begini amat memahami dan sedar bahawa isterinya telah bertungkus-lumus menjaga anak dan jaga rumah jadi, sentiasa balik kampung isteri adalah hadiah terbaik. Cukuplah setengah hari setahun aje balik kampung sendiri; daripada tak balik langsung dan daripada bergaduh beramuk...lebih baik...beralah kan..

~~~ekeke..bab nie lagi senang..lelaki perlu sokong...lagi senang ..suwuh isteri terus duduk kat kg jer..biar suami tggl sowang2 kat bandar...huhuhu...aman nya idupppp..


10. LELAKI YANG MENYERAHKAN KUASA VETONYA -Inilah ciri lelaki yang menjadi buruan kaum perempuan..jika mereka sanggup menyerahkan kuasa veto ke tangan wanita..mereka akan menjadi lebih macho dan hensem daripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita . Kuasa Veto yang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan samada lelaki yang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain itu wanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawan suami mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yang tak elok. Dengan kuasa veto ini juga beerti kita, kaum wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk "BILA DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI" setiap kali mereka berhadapan dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka.

~~~huhuhuhuhuhuhu...yg nie lelaki kena pikir 400x..atau senang citer...lelaki kena BIKIN UNION kalau ini macam.....

"SESUNGGUHNYA..LIDAH WANITA ITU AKAN MENJADI SEMAKIN TAJAM APABILA LIDAH LELAKI MENJADI SEMAKIN BERCABANG!!!"...



/////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////


ARIKEL NIE DI PETIK DARI SALAH SATU BOD DI DALAM JOMLAYAN YG DI POST OLEH LIZA

minyak oh minyak

0 ulasan

salam

adehhh hampir seminggu nie tak tulis apa2 pun dlm blog aku nie...
ekceli aku tak der di tempat aku....al maklum lah cuti sekolah...aku kena replace sowang remisier tu....
so..kalau kat pc lain..aku maleh nak bukak blog nie...
pgi nie curi-curi masa sikit....

nak tulis pasal apa ek..?????? nie yg jadi masalah dunia nie....tak tahu nak tulis apa...huhuhu

kita cerita pasal harga minyak naik lah kot....naik sampai 2.70 seliter....fuyooooo tinggi tuuuuuuuu....
bermakna segala perbelanjaan akan naik jugak....gaji..??? naik nya berapa sen jer lah....pengsannnnnn kalau macam nie..huhuhuhu

tapi nak buek macamano...hidup kena di teruskan...
cuma...kalau kita cuba melawan arus....aku rasa kita lagi akan pengsan....
apa yg perlu kita buat kalau macam tu...???

apa lagi...bersederhana lah dalam kehidupan...bukan ker itu lagi baik...
rombakan bajet keluarga perlu di lakukan...mana yg kita rasa boleh di kurangkan...kita kurang kan...jangan berlagak macam org kaya....apa nak beli..kita beli...window sopingg...kalau boleh di elakan...membazir duit mnyak jer..huhuhuhu

plan setiap..perjalanan yg perlu di lakukan...
sebab harga minya naik...tak kan plak kita langsung tak beriadah....sengal lah nama nya tu...
senang citer...atur segala kegiatan kita...perbelanjaan kita...hiburan mana yg kita nak lakukan...

bagus jugak ekk....menda2 nie berlaku...
sebab nya...secara tak langsung kita...akan hidup dengan lebih teratur dan berdisplin di dalam mengurus kewangan yg kita ada....tu bagi yg positif lah,.....

bagi yg asyik nak marah kjaan jer....mungkin dia org tak leh terima kenyataan...bahawa hidup ini bukan sesenang yg kita hendak kan....

wat ever pun....

HIDUP KENA DI TERUSKAN...MASIH BANYAK YG BOLEH KITA LAKUKAN untuk mendapatkan hidup yg lebih berkualiti dan bermakna...

duit bukan penentu kebahgiaan dlm hidup...keberkatan hidup lebih bermakna...