~~pelangi~~

13 ulasan

Bahagia itu adalah apabila kita redha dengan kententuan nya..kita redha dan bersyukur dengan kententuan nya.Hidup ini amat singkat umpama di antara Azan dan Iqamah, gunakan lah hidup ini sebaik mungkin yang boleh kita harungi..Apa yang dirancang tidak semestinya sentiasa akan terlaksana..inilah keindahan dalam seni kehidupan kita sebagai insan yang di cipta sebaik2 baik ciptaan yang ESA.
Kita mampu berduka..bersedih namun kita juga mampu gembira kerana kita di cipta dengan segala deria...janganlah kita menindakan kehidupan kita yang lain...
"bagai kan pelangi petang..yg pasti akan pergi jua"
memang hidup ini umpama pelangi di waktu petang...kehadiran kita hanya sementara..
tapi apa yang lebih penting adalah kesan daripada kehadiran kita di bumi yang penuh dengan cerita nya...penuh dengan warna nya. Jangan di lihat dari kehadiran nya tapi lihat lah dari kesan kehadiranya...kerana setiap yang ada di bumi ALLAH ini tidak akan kekal...yang kekal hanyalah pengajaran dan manfaat yg di berikan nya.
Jiwa yang tenang adalah merupakan jiwa yg luhur...jangan di biarkan jiwa yang rosak mengawal diri..kerana ia lebih memudaratkan kita...berkawan tidak salah kerana jiwa kita memerlukan segala rencah di dalam kehidupan untuk menyuburkan nya lagi...jiwa tidak akan subur jika ia hanya di pengaruhi jiwa yang suci..itu fitrah jiwa..jiwa akan terkongkong dengan permainan nya sendiri kalau kita tidak memberi laluan yang lebih kepada jiwa kita.
sayangilah jiwa kita yang satu ini...suburkanlah jiwa kita dengan istiqamah yang satu"jiwa yang suci"..agar kita berjaya mengharungi segala dugaan nya...

wurllllll

0 ulasan


Everyone thinks of changing the world,
but no one thinks of changing himself
tertarik dengan ayat tersebut....

corner baringggggggggggg

0 ulasan

selamat menyambut hari buruh esok 1 may

cuti lagi......besss nya...
sampai bila lah nak jadi buruh nie ekk....tiap2 hari kelija kelija kelija...
bukak mata..ingat kelija...adehhh
tapi nak buek macamano..nie semua rezeki.
apa yang penting..kerja kita kita kena buat...

bila citer bab kerja nie....menda yang utama kita ingat ialah tanggung jawab yang di beri.
nak tak nak..kita kena buat jugak..walaupun jiwa kita kacau....

tanggung jawab
nie merupakan satu amanah yang amat berat..tak kiralah sama ada di opis mahupun di rumah..
senang citer..kita manusia semua mempunyai tanggung jawab sebagai manusia.
pernah ker kita terpikir atau muhasabah diri kita..sejauh mana kita berjaya melaksanakan tanggung jawab kita sebagai manusia nie..? selagi nyawa kita ada selagi itulah kita memikul tanggung jawab...jika kita gagal memikul tanggung jawab yg di amanahkan adakah kita ini manusia pelupa atau manusia yg tidak mengenal budi..? semua jawapan nya ada di dalam diri kita sendiri...kita perlu bijak memikul tanggung jawab tu.
tak semua tanggung jawab perlu di laksanakan...betul ker tu...?
kalau tak perlu di laksanakan tanggung jawab tu...kenapa perlu di namakan tanggung jawab?

sendiri mau ingat mau bijak....apa yang perlu di buat dan apa yg tidak perlu di buat.
hidup ini bukan sentiasa lurus....highway pun tak macam tu..kadangkala ada bengkok nya...
kita perlu layan jalan yg kita lalui...kalau jalan tu ada corner 90darjah...kita perlu coner walaupun tak 90 darjah..mebi 70 darjah jer..apa yang penting kita perlu coner..bukan kita melulu lurus tak tentu hala...kompom kita akan terbabas...

kita sebagai manusia..sering lupa....
kita sentiasa ingin yang best-best jer dalam hidup kita...best ker hidup kita..kalau semua perkara yang best-best jer berlaku dalam hidup kita nie? umpama tiada penat jerih..godaan..cabaran..dalam hidup kita ini...
kadang-kadang kita di dalam mengejar impian kita lupa akan liku2 di dalam mengejar impian ....apa yang kita fokuskan hanya impian itu..ending pada impian tu...kita tak fokus sgt kepada...bagaimana perjalanan di dalam mengejar impian itu.
sedangkan..perjalanan di dalam mengejar impian itu lah satu keseronokan di dalam impian itu sendiri. semakin berliku perjalanan itu..semakin keseronokan yg akan kita hadapi...
tapi sejauh mana kita memandang keperitan perjalanan itu sebagai satu keseronokan? kenapa terjadi anggapan sebegitu..?
ini mungkin kerana..kita terlalu fokus kepada ending impian itu sendiri..kita lebih memandang bahawa..impan itu lah satu keseronokan...pada hakikat nya...tiada keseronokan lagi bila kita telah berjaya mendapat sesuatu yg kita ingin kan. keseronokan sementara yg kita dapat di akhir impian kita itu tidak kekal...sebab nya..setelah mendapat impian itu...pasti kita akan terkenang kan betapa perit nya kita ketika mengejar impian itu...kita akan kurang mengenang kepada impian yg kita sudah capai itu.


ahhhhhhhhh...apa yang penting...
hidup sendiri..sendiri bawak....

~UNDANG-UNDANG FORUM JOM LAYAN~

0 ulasan

Posting Forumnist

Semua posting forumnist yg mengandungi semua unsur2 provokasi melampau atau sptmana yg tertera dalam Arahan, Tugas dan Panduan Moderators sepertimana dibawah, hendaklah di padam terus tanpa belas kasihan atau kalau rajin, moved kan .Saya berharap kita secara beramai-ramai bermuafakat membenteras gejala kurang hajar terhadap mahkluk2 perosak yg ada dan yg akan ada dr semasa kemasa didalam JOMLAYAN.COM ini dalam apa juga cara sekalipun. Sekiranya timbul perkara2 spt itu, selain spt tindakan yg saya cadangkan yg perlu diambil oleh MODERATORs yg bertugas, anda semua boleh mengambil tindakan spt ini, antaranya :-

- Jgn ambil peduli
- Jgn Quote bahasa kurang ajar forumnist berkenaan
- Jgn layan semua provokasi dia
- Klik REPORT BUTTON yg ada dibawah setiap posting berkenaan dan dan tuliskan aduan tentang posting atau topic yg berkenaan yg anda rasa telah melanggar peraturan. Aduan anda akan dihantar terus kepada Admin dan semua Moderators yg bertugas di JOMLAYAN.COM ini utk diambil tindakan sewajarnya.

!Cuma berharap sgt kpd semua pihak2 yg berkenaan, jgn suka memanaskan topik yg tak tentu pasal. Kalau bercakap pasal tajuk berkait tu ok lagik. Cakaplah apa yg korang nak cakap ikut pendapat masing2, tapi jgnlah gunakan perkataan atau ayat yg tak sepatutnya. Perkataan dan ayat2 provokasi tu tak akan ada penghujungnya kalau tak disekat. Ianya akan berpanjangan..panjang dan panjang dan panjang..Dari seorang akan jadi 2 org...dari 2 org akan jd 100 org..

Tu yg MODs letih dgn korang...so, GJ harap sgt lah kat kengkawan dapat berikan kerjasama. Berpada-padalah dalam berforum.

Arahan, Tugas dan Panduan Kepada Semua Moderators

Di sini jomlayan nak sentuh sikit tentang tugas-tugas MODs sebagai panduan untuk semua. Harapan JOMLAYAN..dalam kita menjalankan tugas sebagai team pengurusan, jalankanlah tugas tu dgn sikap profesional tanpa kaitkan dgn hal peribadi dan yg penting sekali ialah mesti disertakan dgn sikap tanggungjawab. Kita mesti bertanggungjawab dgn apa jua tindakan yg kita ambil, sekurang2nya boleh jawab dgn baik sekiranya ditanya kenapa dan mengapa sesuatu actions itu diambil.So..mulai hari ini, harap kita sama2 jalankan tugas dan tanggungjwab secara profesional dan beretikaSekiranya ada sebarang cadangan dan aduan adalah amat dialu-alukan.

Antara tugas MODs ialah :

1) Edit - Edit mana2 yg menyentuh secara melampau isu2 agama, kaum dan lucah.
2) Delete - Delete mana2 yg menyentuh secara melampau isu2 agama, kaum dan lucah.
3) Remove - Remove mana2 posting / topic ke tempat yg sesuai.
4) Pin - Hanya boleh di pin kalau utk kepentingan umum.
5) Memantau - Pantau secara keseluruhan atau sesekali secara rambang utk melihat kalau ada mana2 yg tak kena.
6) Memberi amaran mana yg patut - Memberi amaran dan nasihat kpd forumner yg degil dan melanggar peraturan.
7 ) Melaporkan kpd pihak admin untuk tindakan susulan - Laporkan kpd pihak Admin utk removed dan banned forumner.
8) Tidak di benarkan sama sekali mod atau porumer paste kan PM di dlm bod untuk tatapan porumer lain
9)Mod hendaklah sentiasa /sekali sekala megemaskinikan bod masing2 seboleh bolehnya biarlah ada topik baru sekurang2nya seminggu satu topik ( jangan di biarkan bod menjadi usang sekian lama nya )

Iklan Perniagaan

Semua Iklan Perniagaan hanya boleh diiklankan di bod layan perniagaan. Iklan di tempat-tempat lain adalah dengan hanya kebenaran khas, iaitu akan dipertimbangkan sekiranya sesuai.Semua topic dan posting yg diiklankan di tempat-tempat yg tidak dibenarkan membuat iklan, samada akan di move ke tempat yg sepatutnya (kalau rajin) atau Di DELETE TANPA NOTICE.

Tutup semua topic secara kekal atau sementara, sekiranya,

1) Mengandungi unsur-unsur penghinaan melampau terhadap porumer atau tajuk perbincancang thread tersebut

2) Mengandungi provokasi melampau sesama forumnist yg boleh mencetuskan pergaduhan- Menggunakan perkataan atau ayat yg menghina pendapat org lain,

contohnya "apsal bahlol sgt pendapat ko.."

- Memanggil sesama forumnist dgn panggilan Jalang, Pelacur, Babi, Anjing, Bangsat dan sebagainya (spt mana di atas)

- Ayat-ayat atau perkataan berbau kenegerian yg boleh menimbulkan kemarahan dan pergaduhan, contohnya ; org Perak memang bahlol, org Kedah mmg bengap, org Kelantan mmg bodoh sebab makan budu..dan sebagainya.

3) Topic dan Posting yg mengandungi unsur2 provokasi melampau yg boleh menimbulkan tindakbalas dr forumnist yg lain.

4) Jangan sesuka hati cakap berkait soal agama secara melampau tanpa asas yg kuat spt kafir, murtad dan sebagainya secara khusus melainkan ada bukti yg jelas.


Topik yg TEMPORARY CLOSED akan hanya dibuka semula setelah DIBERSIHKAN dari segala HANTU dan KEKOTORAN dari mereka yg tak faham bahasa.

````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

ini adalah merupakan undang2 yang akan di guna pakai di dalam forum www.jomlayan.com.

undang2 ini akan di perhalusi dari semasa ke semasa mengikut peredaran masa.
segala forumer dan moderator perlu mengikut undang2 ini di dalam forum jomlayan, agar forum ini lebih teratur dan di senangi.

gj harap dengan ada nya undang2 ini..kita semua akan lebih beretika di dalam berporum

~~~~selamat berporum dan hepi selalu~~~~

ek ehhh..amirulllllllll..??

0 ulasan

awat nama nie yg terkuar bila aku habis post dlm blog nie ek..??
sapa makhluk amirul nie...?
saka mana yang dah terlepas plak nie?
penat aku buat nama dia plak yg kuar....ekekeke
tapi macam bess plak nama amirul nie...
ensem ker mamat nie..?
tinggi ker dia?
itam ker putih ker dia?
dia pandai berporum ker..? ekeke

adehh misteri nusabangsa betoi ahhhh

kueh apam

0 ulasan

kuang kuang kuangggg.....

lalalalal....

mulai ari nie..masa nie..jam nie..petang nie...aku berjaya membuat blog sendiri tanpa org lain dok ajo aku...ngeh ngeh ngeh....
tapi ekk..awat blog aku nie..itammm jer...macam perli aku jer...
nak kena make up sikit nie....kasi kaler2..macam org lain punya blog...

lah nie..sedia maklum..antara mesej dan image...image lebih lagi menjadi ingatan pada manusia..
sebab tu..bila kita buat jahat dengan cakap jahat...org akan lebih ingat lagi perbuatan jahat tu..dari mengingati kata-kata jahat kita...
tu pun kalau perbuatan jahat kita tu ada gambo nya...adalah org curi ambik gambo...kalau takder...selamat lahhh...heheheh
tapiiiiiiiiiii....macamana pun bila kita berjumpa dengan maha pencipta kita....gambo kita tu..akan di tayang kembali...masa tu terkujat ahhh...kantoi bebbbb...
dengan itu..janganlah buat jahat...buatlah kueh ker ..apam balik ker..buat layang2 ker..buat kueh bahulu ker..banyak pekdah nya...selain boleh kasi perut kenyang...boleh jugak menambah koleksi kolestrol dalam badan kita ni...

apa yang kau merepek nie sytonnnnnnnnnnnnnnnn.....

mmmm..pandang pc sebelah kiri nie....adehhh...jiwa kacau betul...
warna merahhhh jerrr....bila lah market nie nak naik....konter aku nie..adehh....naik ahh sikit..leh ah jual buat pi makan angin..nie...asyik warna merahhhh jer....nanti kau...aku sunat kan kau..
jomlayan...forum idaman masyarakat layan heheheh...
ok plak hari ni...ramai yang log in...tapi macam biasa ah...guest lagi ramai dari mbr yang posting..
tapi tu semua no hal...yang penting JL dapat di layari dan menjadi tempat lepak bagi mereka yag ingin kan teman di dalam alam cyber ni..

kadang2 bila aku pikir-pikir...mmmm kemana arah JL yang nak aku halakan...?
so far..aku mengamalkan DASAR BEBAS...

forumer bebas untuk membuat sebarang penulisan di dalam forum tu...mereka bebas untuk mengeluarkan isi hati mereka dalam forum tu...jangan keluarkan isi perut dah ahhh...susah aku nak basuh dgn clorox nanti...tapi BEBAS setakat mana yang perlu di beri...sedangkan hidup kita semua ni pun..memerlukan UNDANG2 bagi menjadikan hidup kita nie bertamadun...
kalau di adakan UNDANG2 di dalam forum jomlayan nie...UNDANG2 yang macamana paling sesuai untuk di laksanakan di dalam alam cyber nie...?

macamana pun RANGKA UNDANG2 JL sedang di perkemaskini kan..
akan aku lancarkan dalam minggu depan INSYAALLAH...setelah semua mod dapat melihat rangka undang2 yg aku bentangkan dalam bod mod...dan aku telah beri peluang kepada semua mod untuk membahaskan nya...walaupun tak semua mod yg ambil bahagian dlm perbahasan tu...ntah..tak tahu aku..dia org perasan ker topik tu atau dia org buat2 tak perasan...ekeke..tu semua hak dia org ..samaada nak komen atau tak rang undang2 tu...aku tak leh nak paksa. dia org tu dah besau panjang....lu pikirlahh sendiri..bak kata nabil hehehe

so far..ada beberapa plan yang sedang aku rancang kan untuk jomlayan forum nie
ekceli aku telah mulakan dengan beberapa langkah awal..di antara nya...
penyusunan semula mod2 di dalam forum..
mana mod yg tak beberapa aktif dan tak menunjukan minat..telah di tamatkan perkhidmatan mereka...dan aku telah pun melantik beberapa mod baru dari kalangan forumer yang baru juga.
bukan menzalimi mod2 lama tu..cuma aku rasa mereka pun bersetuju dengan pendapat aku...dan aku telah memberi peluang pada mereka semua..dengan memberi notis seminggu agar mereka menunjukan minat mereka terhadap kerja2 mod forum.
ekceli dia org semua mmg bagus kerja sebagai mod sebelum ini...cuma mungkin masa mereka dah tak se free macam dulu2...

plan yang seterusnya

aku bercadang untuk menjadikan www.jomlayan.com merupakan pelopor di dalam arena forum terkini...satu evolusi forum cyber yg lebih terbuka. lebih memberi peluang kepada forumer sendiri menentukan hala tuju forum tersebut.
mebi...akan aku huraikan di dalam penulisan yg akan dtg...
apa dia A NEW DAY PLAN...yang aku cuba ketengahkan.

ishhh dah pukul 5...
huhhuhuhuh...cepat betul masa berlalu

jumpa lagi............

pala hotak

0 ulasan

salam

adehhhh.....ntah jadi ker tak ..walahualam...

deenn cubaa jer nie...

setelah sekian lama aku tak dapat menulis dlm blog..akhirnya waktu menunjukan pukul 4.34
28/04/08..sekali lagi aku menulis dlm blog...
awat aku nie memanjang lupaaaaaaaaaaaaaa jer pw aku ekk...pada hal dulu ada tulis kat buku..dengan dlm hp...
masaalah nya..buku ilang..hp pun ilang...padan muka...
lenkali..belajo lah ingat dalam pala hotak...
ALLAH dah bagi pala hotak...bukan untuk tunjuk besau pala..tapi untuk di gunakan..
bukan ker pala hotak nie..merupakan library ciptaan ALLAH...tu pun tak mo pakai...
sian pala hotak aku....