1. APA PEWARIS?
PEWARIS adalah jaringan kerjasama NGO-NGO Islam, persatuan-persatuan seni, warisan, organisasi budaya Melayu, majlis perwakilan pelajar dan badan-badan seumpamanya yang bersatu bagi membentuk satu suara dalam memperjuangkan agama Islam dan bangsa Melayu. Ia bertanggungjawab sebagai badan bertindak bagi memantau serta menangani isu –isu yang mencabar atau menghina kepentingan Islam, institusi Raja, bahasa Melayu dan kaum Bumiputra ataupun isu yang boleh menggugat ekonomi, ketenteraman, keharmonian dan perpaduan kaum dengan merujuk kepada kontrak sosial yang telah wujud di Negara ini. Isu kezaliman, kemanusiaan dan juga kebaikan bersama rakyat Malaysia juga menjadi agenda pertubuhan ini. Selain itu, PEWARIS juga akan memantau isu-isu yang melibatkan isu diskriminasi, ugutan serta pilihkasih melibatkan amalan beragama. Islam menjadi teras penyatuan dan kerjasama sebagaimana agama Islam sebagai Agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.
2. OBJEKTIF PEWARIS
Membangun dan mengembalikan semangat juang ummah untuk menegakkan kebenaran dan keadilan tanpa mengira kedudukan, pangkat, darjat dan usia.
Membawa anak bangsa ke arah satu kesatuan untuk mengecapi kesejahteraan, keamanan, kedamaian rohani dan jasmani.
Mewujudkan satu budaya menghormati antara satu sama lain, tidak mementingkan diri dan sentiasa harmoni di dalam suasana persaudaraan sebangsa dan seagama.
Membawa anak bangsa kembali mendalami anutan agama ke satu titik penghayatan perjalanan yang satu.
3. POLISI PEWARIS
Adalah menjadi dasar para ahli Pewaris untuk berjuang kerana Agama, Bangsa dan Negara dengan berlandaskan antara lain :-
Ikhlas, kerana Allah Dan Rasul
Asas perjuangan adalah Islam
Demi perpaduan Agama
Tanpa keangkuhan sesama sendiri
Hati sentiasa bersih tapi berjiwa besar
Bersama sedia membantu perjuangan jihad ekonomi, mencari keberkatan & sokong produk dan ekonomi Islam
Tidak mendahulukan kepentingan diri
Buang perasaan hasad dan dengki
Tidak membezakan bangsa dan keturunan
Tidak membezakan fahaman Politik
Tanpa mengira darjat, pangkat, kekayaan dan kedudukan
ketepikan semangat Kenegerian
Sanggup berkorban, sedia berjihad
Lupakan sebarang persengketaan di antara kita, gabung segala tenaga bersama
Memenuhi akad janji dan sumpah untuk berjuang demi agama dan bangsa
Tidak membangkit, mengungkit serta mewujudkan sebarang persengketaan sesama ahli.
Asas perjuangan adalah Islam
Demi perpaduan Agama
Tanpa keangkuhan sesama sendiri
Hati sentiasa bersih tapi berjiwa besar
Bersama sedia membantu perjuangan jihad ekonomi, mencari keberkatan & sokong produk dan ekonomi Islam
Tidak mendahulukan kepentingan diri
Buang perasaan hasad dan dengki
Tidak membezakan bangsa dan keturunan
Tidak membezakan fahaman Politik
Tanpa mengira darjat, pangkat, kekayaan dan kedudukan
ketepikan semangat Kenegerian
Sanggup berkorban, sedia berjihad
Lupakan sebarang persengketaan di antara kita, gabung segala tenaga bersama
Memenuhi akad janji dan sumpah untuk berjuang demi agama dan bangsa
Tidak membangkit, mengungkit serta mewujudkan sebarang persengketaan sesama ahli.
1 ulasan:
tenkiu gurl
Catat Ulasan