~UNDANG-UNDANG FORUM JOM LAYAN~

Posting Forumnist

Semua posting forumnist yg mengandungi semua unsur2 provokasi melampau atau sptmana yg tertera dalam Arahan, Tugas dan Panduan Moderators sepertimana dibawah, hendaklah di padam terus tanpa belas kasihan atau kalau rajin, moved kan .Saya berharap kita secara beramai-ramai bermuafakat membenteras gejala kurang hajar terhadap mahkluk2 perosak yg ada dan yg akan ada dr semasa kemasa didalam JOMLAYAN.COM ini dalam apa juga cara sekalipun. Sekiranya timbul perkara2 spt itu, selain spt tindakan yg saya cadangkan yg perlu diambil oleh MODERATORs yg bertugas, anda semua boleh mengambil tindakan spt ini, antaranya :-

- Jgn ambil peduli
- Jgn Quote bahasa kurang ajar forumnist berkenaan
- Jgn layan semua provokasi dia
- Klik REPORT BUTTON yg ada dibawah setiap posting berkenaan dan dan tuliskan aduan tentang posting atau topic yg berkenaan yg anda rasa telah melanggar peraturan. Aduan anda akan dihantar terus kepada Admin dan semua Moderators yg bertugas di JOMLAYAN.COM ini utk diambil tindakan sewajarnya.

!Cuma berharap sgt kpd semua pihak2 yg berkenaan, jgn suka memanaskan topik yg tak tentu pasal. Kalau bercakap pasal tajuk berkait tu ok lagik. Cakaplah apa yg korang nak cakap ikut pendapat masing2, tapi jgnlah gunakan perkataan atau ayat yg tak sepatutnya. Perkataan dan ayat2 provokasi tu tak akan ada penghujungnya kalau tak disekat. Ianya akan berpanjangan..panjang dan panjang dan panjang..Dari seorang akan jadi 2 org...dari 2 org akan jd 100 org..

Tu yg MODs letih dgn korang...so, GJ harap sgt lah kat kengkawan dapat berikan kerjasama. Berpada-padalah dalam berforum.

Arahan, Tugas dan Panduan Kepada Semua Moderators

Di sini jomlayan nak sentuh sikit tentang tugas-tugas MODs sebagai panduan untuk semua. Harapan JOMLAYAN..dalam kita menjalankan tugas sebagai team pengurusan, jalankanlah tugas tu dgn sikap profesional tanpa kaitkan dgn hal peribadi dan yg penting sekali ialah mesti disertakan dgn sikap tanggungjawab. Kita mesti bertanggungjawab dgn apa jua tindakan yg kita ambil, sekurang2nya boleh jawab dgn baik sekiranya ditanya kenapa dan mengapa sesuatu actions itu diambil.So..mulai hari ini, harap kita sama2 jalankan tugas dan tanggungjwab secara profesional dan beretikaSekiranya ada sebarang cadangan dan aduan adalah amat dialu-alukan.

Antara tugas MODs ialah :

1) Edit - Edit mana2 yg menyentuh secara melampau isu2 agama, kaum dan lucah.
2) Delete - Delete mana2 yg menyentuh secara melampau isu2 agama, kaum dan lucah.
3) Remove - Remove mana2 posting / topic ke tempat yg sesuai.
4) Pin - Hanya boleh di pin kalau utk kepentingan umum.
5) Memantau - Pantau secara keseluruhan atau sesekali secara rambang utk melihat kalau ada mana2 yg tak kena.
6) Memberi amaran mana yg patut - Memberi amaran dan nasihat kpd forumner yg degil dan melanggar peraturan.
7 ) Melaporkan kpd pihak admin untuk tindakan susulan - Laporkan kpd pihak Admin utk removed dan banned forumner.
8) Tidak di benarkan sama sekali mod atau porumer paste kan PM di dlm bod untuk tatapan porumer lain
9)Mod hendaklah sentiasa /sekali sekala megemaskinikan bod masing2 seboleh bolehnya biarlah ada topik baru sekurang2nya seminggu satu topik ( jangan di biarkan bod menjadi usang sekian lama nya )

Iklan Perniagaan

Semua Iklan Perniagaan hanya boleh diiklankan di bod layan perniagaan. Iklan di tempat-tempat lain adalah dengan hanya kebenaran khas, iaitu akan dipertimbangkan sekiranya sesuai.Semua topic dan posting yg diiklankan di tempat-tempat yg tidak dibenarkan membuat iklan, samada akan di move ke tempat yg sepatutnya (kalau rajin) atau Di DELETE TANPA NOTICE.

Tutup semua topic secara kekal atau sementara, sekiranya,

1) Mengandungi unsur-unsur penghinaan melampau terhadap porumer atau tajuk perbincancang thread tersebut

2) Mengandungi provokasi melampau sesama forumnist yg boleh mencetuskan pergaduhan- Menggunakan perkataan atau ayat yg menghina pendapat org lain,

contohnya "apsal bahlol sgt pendapat ko.."

- Memanggil sesama forumnist dgn panggilan Jalang, Pelacur, Babi, Anjing, Bangsat dan sebagainya (spt mana di atas)

- Ayat-ayat atau perkataan berbau kenegerian yg boleh menimbulkan kemarahan dan pergaduhan, contohnya ; org Perak memang bahlol, org Kedah mmg bengap, org Kelantan mmg bodoh sebab makan budu..dan sebagainya.

3) Topic dan Posting yg mengandungi unsur2 provokasi melampau yg boleh menimbulkan tindakbalas dr forumnist yg lain.

4) Jangan sesuka hati cakap berkait soal agama secara melampau tanpa asas yg kuat spt kafir, murtad dan sebagainya secara khusus melainkan ada bukti yg jelas.


Topik yg TEMPORARY CLOSED akan hanya dibuka semula setelah DIBERSIHKAN dari segala HANTU dan KEKOTORAN dari mereka yg tak faham bahasa.

````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

ini adalah merupakan undang2 yang akan di guna pakai di dalam forum www.jomlayan.com.

undang2 ini akan di perhalusi dari semasa ke semasa mengikut peredaran masa.
segala forumer dan moderator perlu mengikut undang2 ini di dalam forum jomlayan, agar forum ini lebih teratur dan di senangi.

gj harap dengan ada nya undang2 ini..kita semua akan lebih beretika di dalam berporum

~~~~selamat berporum dan hepi selalu~~~~

0 ulasan: