pukul lah gendeng kulit kerebau..dlm majlis tari menari...ewahh
hamba lah ini dik oii dtg merantau
membawa belas org di sini....ewahhh
sedap plak lagu nie...ekekekek
lama dahh tak up dated blog nie.....so sempena kita akan menyambut tahun baru dan awal muharam tak beberapa hari lagi nie....
aku nak ucap kan selamat tahun baru pada semua yang mengenali aku sama ada di luar mahupun di dalam..heheh....semoga hidup kita semua bertambah barakahhh...dan lebih mantop...kata ustaz mantop ustaz zamri...huhuhuhu..
hendak nya tahun 2008 banyak memberi kita pengajaraan agar 2009 yg akan dtg tidak berulang apa yg pernah terjadi terutama nya pekara2 yg tidak baik bagi kita dan keluarga kita serta ketua kampung kita dan rakan sebelah umah kiri dan kanan serta jiran sebelah kedai runcit yg kat depan tu. kita doa kan semua nya agar lebih sihat dan lebih di rahmati sepanjang tahun depan...
tahun berganti tahun....apa citer azam tahun nie plak..??
kalau citer bab azam...malehhh nak berazam dah.....ekekek....apa-apa pun...aku cuba lah jugak nak buat azam..sebab tgk rata semua org ada azam..aku pun nak ahhh jugak azam tu...
aku berazam untuk berhenti merokok...
perghhhhhhhhhhhh...ni azam kira paling maut nya azam pernah aku angan2 kan....hahahah
aku berenti merokok..??????????.......
leh kot.....aku cuba lah......kalau tak berenti pun..aku kurang kan lah sikit btg rokok yg aku sedut tu....
aku kira2 duit rokok aku sebulan...leh cecah RM400/- perghhh banyak tu bagi aku...
duit sebanyak tu..kalau aku belanja twins aku...lagi bagus....
cuba jer lah azam tu....mintak2 lehhh ahh aku stop atau kurang kan speed merokok aku ker 10/sejam hahahaha...
untuk semua sekali lagi....SELAMAT TAHUN BARU..
AMPUN DAN MAAF SEANDAI NYA TAHUN 2008 INI ...GJ ADA BUAT SALAH SILAP PADA RAKAN2 MAYA GJ NIE...tu pun kalau ada yg baca blog nie..ekekek...ampun DARI HUJUNG RAMBUT KER HUJUNG KUKU KAKI GJ YG TAK COMEI NIE....MAAF KAN GJ KALAU ADA TERKASAR BAHASA ....KALAU ADA BUAT SESIAPA YG TERASA HATI...GJ HANYA MANUSIA BIASA....ADA KELEMAHAN DIRI GJ SENDIRI....
SELAMAT TAHUN BARU
0 ulasanDicatat oleh Geng Jahat di 2:40 PTG
~~wHaT MakeS.....................
0 ulasanWhat Makes A Malaysian A Malaysian?
Dicatat oleh Geng Jahat di 9:25 PG
~PEWARIS~
1 ulasan









PEWARIS adalah jaringan kerjasama NGO-NGO Islam, persatuan-persatuan seni, warisan, organisasi budaya Melayu, majlis perwakilan pelajar dan badan-badan seumpamanya yang bersatu bagi membentuk satu suara dalam memperjuangkan agama Islam dan bangsa Melayu. Ia bertanggungjawab sebagai badan bertindak bagi memantau serta menangani isu –isu yang mencabar atau menghina kepentingan Islam, institusi Raja, bahasa Melayu dan kaum Bumiputra ataupun isu yang boleh menggugat ekonomi, ketenteraman, keharmonian dan perpaduan kaum dengan merujuk kepada kontrak sosial yang telah wujud di Negara ini. Isu kezaliman, kemanusiaan dan juga kebaikan bersama rakyat Malaysia juga menjadi agenda pertubuhan ini. Selain itu, PEWARIS juga akan memantau isu-isu yang melibatkan isu diskriminasi, ugutan serta pilihkasih melibatkan amalan beragama. Islam menjadi teras penyatuan dan kerjasama sebagaimana agama Islam sebagai Agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.
2. OBJEKTIF PEWARIS
Membangun dan mengembalikan semangat juang ummah untuk menegakkan kebenaran dan keadilan tanpa mengira kedudukan, pangkat, darjat dan usia.
Membawa anak bangsa ke arah satu kesatuan untuk mengecapi kesejahteraan, keamanan, kedamaian rohani dan jasmani.
Mewujudkan satu budaya menghormati antara satu sama lain, tidak mementingkan diri dan sentiasa harmoni di dalam suasana persaudaraan sebangsa dan seagama.
Membawa anak bangsa kembali mendalami anutan agama ke satu titik penghayatan perjalanan yang satu.
3. POLISI PEWARIS
Adalah menjadi dasar para ahli Pewaris untuk berjuang kerana Agama, Bangsa dan Negara dengan berlandaskan antara lain :-
Asas perjuangan adalah Islam
Demi perpaduan Agama
Tanpa keangkuhan sesama sendiri
Hati sentiasa bersih tapi berjiwa besar
Bersama sedia membantu perjuangan jihad ekonomi, mencari keberkatan & sokong produk dan ekonomi Islam
Tidak mendahulukan kepentingan diri
Buang perasaan hasad dan dengki
Tidak membezakan bangsa dan keturunan
Tidak membezakan fahaman Politik
Tanpa mengira darjat, pangkat, kekayaan dan kedudukan
ketepikan semangat Kenegerian
Sanggup berkorban, sedia berjihad
Lupakan sebarang persengketaan di antara kita, gabung segala tenaga bersama
Memenuhi akad janji dan sumpah untuk berjuang demi agama dan bangsa
Tidak membangkit, mengungkit serta mewujudkan sebarang persengketaan sesama ahli.
Dicatat oleh Geng Jahat di 11:13 PG
KEnangaN 80 an......
4 ulasan












ekekekk...kenangan di zaman 80 an...bila melihatkan gambar2 di atas....terimbas semula kenangan sewaktu kanak2 dulu....tu lah items2 yang biasa akan di lihat di pegang oleh kanak2 di zaman 80an.....huhuhuhu terasa tua dah lah nie....heheheh
Dicatat oleh Geng Jahat di 9:31 PG
surat wasiat pegebom di BALI
0 ulasanAl-fatihah buat saudara islam kita nie.
hanya ALLAH sahaja yg maha mengetahui sama ada beliau benar atau tidak di dalam perjuangan nya.
bersyukur kita di dalam negara kita tidak ada yang terlalu xtreme terhadap perjuangan yg menggunakan senjata di dalam mencapai cita2 perjuangan nya.
namun benarkah kumpulan seperti ini tidak ujud di malaysia? atau mereka hanya menantikan hari dan masa yang sesuai untuk bertindak....Alhamdulillah kerharmonian negara kita masih di rahmati ALLAH...apa pun jangan kita lupa..ujian ALLAH sentiasa akan tiba kita tidak akan tahu bila...dalam kelekaan kita dalam keseronokan kita dalam kealpaan kita menunding jari sesama kita...kita lupa setiap patah perkataan kita hendak lah di jaga agar ia tidak menghiris perasaan org lain...namun dalam setiap pertelingkahan atau perbalahan pendapat..kita sering hendak menegakan apa yg kita rasa hanya betul pada kita....
sifat manusia....sentiasa mahu mencabar setiap apa yang di rasakan tidak betul...yang membuat sesorang itu beza antara sesorg yang lain dlm hal sedemikian ialah cara tindakan yang di ambil di atas sifat ketidak puasan hati itu. Begitulah indah nya ciptaan ALLAH yang bernama INSAN nie...dipenuhi dengan warna warni di dalam kehidupan...sejauh mana sebanyak mana warna -warna itu menghiaskan pentas kehidupan masing2 terpulang setakat mana warna-warna tersebut di hasilkan oleh diri masing -masing.
aikk.....dah macam aku plak yg tulis wasiat ek.....ekekekekek

Dicatat oleh Geng Jahat di 2:49 PTG
pemimpin muda negara..?
0 ulasanDicatat oleh Geng Jahat di 9:35 PG
terhegeh hegeh..?
1 ulasanDicatat oleh Geng Jahat di 9:25 PG
Diseño e iconos por N.Design Studio | A Blogger por Blog and Web










