~AR RAYYAN ~

cerita ini untuk mengingati diri aku sendiri..untuk menasihati diri aku sendiri....dan mungkin kawan2 dapat juga sedikit ilmu dari cerita aku ini.



Aku ingin berkongsi cerita mengenai nasib yang menimpa seorg remaja lelaki...cerita ini aku dapati dari menonton rancangan astro oasis iaitu rancangan AR RAYYAN yang di host kan oleh ustazah dr fatma az zahra.

di dalam rancangan beliau malam semalam..beliau menjemput seorg tetamu undangan untuk berbual bersama beliau...tetamu tersebut adalah seorg lelaki yg berumur dlm lingkungan awal 20an ( aku lupa nama nya)..apa yang menarik sangat tentang tetamu ini adalah...sifat takwa dan redha nya..sifat ini telah menarik minat ustazah..telah lama ustazah memerhatikan bahawa pemuda ini sering mengikuti ceramah atau kelas ilmu ustazah ...dan satu hari ustazah telah menghampiri dan berkenalan dengan pemuda tersebut...
ustazah tersebut amat terkejut..kagum serta menghormati pemuda tersebut setelah mendengar kisah derita yg di tanggung oleh pemuda tersebut.

kisah pemuda tersebut:

di awal umur nya semuda 14 tahun beliau sering mengalami sakit kepala yg teramat sangat...dan beliau telah berjumpa doktor...ketika itu doktor tersebut mengatakan beliau menghidapai migrain...kesakitan tersebut berlarutan sehingga beliau memasuki universiti mengambil diploma...ketika di universiti beliau telah pengsan dan di bawa ker hospital...ketika itu lah beliau dapat tahu yg beliau menghidapi BARAH OTAK. setelah di sahkan akan penyakit yg di hadapi..beberapa hari beliau begitu marah..memaki hamun..melempar apa sahaja yg ada di depan beliau...beliau tidak redha akan penyakit yg beliau hadapi itu...sehinggakan satu hari emak beliau telah membacakan surah AR RAHMAN kepada beliau...di mana salah satu ayat tersebut membawa maksud ...apakah engkau tidak nikmat lagi atas pemberian ALLAH kepada mu ( lebih kurang macam tu lah ayat tersebut...aku tak ingat...sgt maksud nya ) di dalam surah tersebut sebanyak 21 kali di tekan kan tentang potongan ayat nikmat tersebut.

setelah mendengar ayat tersebut..pemuda tersebut telah mula berfikir secara rasional...lama kelamaan beliau mula redha atas penyakit yg di hadapi nya....beliau telah mengatakan bahawa ALHAMDULILLAH dan BERSYUKUR ATAS SAKIT YG DI BERIKAN KEPADA BELIAU kerana beliau merasakan bahwa IA MENJADI SATU KELEBIHAN PADA DIRI BELIAU KERANA ALLAH TELAH MEMBERIKAN SATU PENGGALAMAN YG AMAT BERGUNA PADA BELIAU DENGAN MEMBERIKAN SAKIT TERSEBUT...DAN IA MERASAKAN SATU KEISTIMEWAAN KEPADA BELIAU kerana bukan ramai org boleh merasai penggalaman seperti yg beliau hadapi ini....

ALLAH terus menguji beliau...selang beberapa tahun..ALLAH mengambil penglihatan beliau pula..kedua2 mata beliau sudah tidak boleh melihat lagi...beliau menjadi buta...sekali lagi dengan senyum dan redha...beliau mengucapkan TERIMA KASIH ..ALHAMDULILLAH ATAS pemberian ALLAH ini...beliau redha dan bersyukur kerana ALLAH mengambil penglihatan beliau...beliau tidak kecewa..dan menganggap nya..satu UJIAN yg di turunkan oleh ALLAH kepada hamba yg di sayangi nya ini.


4 bulan lepas sekali lagi..ALLAH menguji nya..kali ini..beliau di serang strok..sebahagian badan di sebelah kiri nya...menjadi lumpuh..sekali lagi dengan perasaan senyum dan takwa..belia redha setiap apa yang di uji terhadap diri nya...

semalam semasa ustazah tu mendengar cerita pemuda ini..mengalir air mata ustazah tersebut...aku yg menonto nya turut berasa kagum dan hiba serta menyesali ...kerana kita sering mengeluh terhadap ujian2 yg tak sebesar mana pun di uji kepada kita..

tetapi pemuda ini..mendapat pelbagai ujian yg ...kalau calang2 org aku rasa...boleh menjadi gila atau give up dengan hidup ini...tetapi pemuda ini terus hidup seperti remaja lain..sehingga berjaya menghabiskan study master beliau...

ustazah az zahra berasa kagum teramat sgt dgn pemuda yg sering hadir dalam kelas ilmu ustazah ini.

0 ulasan: