~~JALINAN KASIH II~~

salam

maaf agak lama aku tinggal kan untuk sambungan cerita jalinan kasih 1....
so ari ni aku ingin menyambung kisah jalinan kasih aku tu...

setelah kami suami isteri bersetuju untuk membuat satu pembahruan di dalam hidup kami berkeluarga bagi mengeratkan lagi kasih sayang suami isteri...maka aku dan wife telah pergi ker LPPKN shah alam...kat sek 16.
sungguh cantik bangunan LPPKN shah alam...masih baru...aku dan wife menapak masuk ker klinik tersebut dengan satu tekad untuk merubah kehidupan kami jika di izinkan ALLAH...

sungguh aku terkejut ketika membuat pendaftaran di klinik tersebut....kami adalah merupakan patient pertama yg ingin menjalani sessi rawatan di jabatan reproduksi manusia di klinik lppkn shah alam ini...wahhhhhhhhhhhh....ekekek...mungkin kot orang masih belum tahu lagi bahawasanya klinik lppkn ada membuat rawatan kehamilan...

so pagi tu..aku dan wife pun buat lah pendaftaran....nurse di klinik kata..kami bernasib baik..kerana hari ini terdapat doktor yang datang ker klinik ni...sepatutnya..kami kena telefon klinik dulu..bagi membuat temujanji..sebab nya klinik ni masih baru di buka dan doktor tetap tiada di klinik hari2...Tetapi pagi nie ada seorg doktor dari ibu pejabat lpkkn kuala lumpur yg bertugas di klinik shah alam...nama nya doktor ghaffar.
so selepas mengisi borang pendaftaran..kami di panggil masuk ker bilik doktor ghaffar...kami pun masuk dan mula lah sessi temubual/kaunseling dengan doktor ghaffar.

untuk makluman :
setiap pasangan yg ingin membuat rawatan di klinik lppkn..perlu hadir dengan pasangan, dan perlu menjalani sessi kaunseling terlebih dahulu sebelum apa2 rawatan hendak di lakukan.

ketika sessi kaunseling bersama doktor....aku melihatkan keramahan dan kelmbutan bahasa yg di guna oleh doktor tersebut...betul2 profesional di dalam membuat sessi kaunseling...kami berasa tidak kekok malahan mesra dengan doktor tersebut...pelbagai soklan sekitar kesihatan dan hubungan intim suami isteri di tanya..dan pelbagai ilmu di bincangkan....sudah menjadi sifat aku..cepat mesra dengan org yg berborak dgn aku...aku rasa tidak kekok atau malu berbual dengan doktor ghaffar....setelah sessi kaunseling tamat...

doktor ghaffar memberitahu kami..bahawa klinik lppkn shah alam ini..tidak membuat rawatan untuk reproduksi manusia...kerana kelengkapan untuk rawatan tersebut tidak ada di shah alam...so dia bertanya kan aku....sama ada aku nak menjalani rawatan di hospital universiti atau di ibu pejabat lppkn...?
tapi beliau berterus terang mengatakan....aku terpaksa mengikut giliran yg panjang..mungkin dalam setahun.....

wahhhhhhhhhhhhh.....aku terkejut...lama nyaaaa....

di pendekan cerita..setelah berbincang dengan beliau...akhirnya beliau bersetuju untuk mengambil kami sebagai patient nya..dan memberi kami peluang yg tidak kami sangka2kan...iaitu...tidak perlu menunggu lama...kami di izinkan untuk terus ker ibu pejabat lppkn di kuala lumpur dan direct bertemu dengan nya...

so akan bermula lah episod di mana kami berulang alik ker ibu pejabat lppkn..sehingga kan aku tahu area jalan ker sana menaiki kereta....hahahahah

adehhhhhhhhhhhhh

sambung nanti ekkkkkkkkkkkkk


0 ulasan: