KESATUAN MELAYU CYBER

salam

KESATUAN MELAYU CYBER /KESATUAN MUSLIM CYBER - ( KMC )

merujuk pada posting yang sebelum ini mengenai cadangan untuk mengujudkan persatuan pengguna internet muslim..melihat dari ulusan rakan2 sama ada di dalam blog ini mahupun di luar...rata2 bersependapat dan bersetuju kalau kita dapat ujudkan satu kesatuan pengguna internet...
namun apa yang membuat kan aku poning..( nasib baik tak muntah2..atau loya...kalau ada macam tu kompom aku mengandung huhuhuhhu....) kebanyakan dari yg bersetuju...setuju melalui mulut jer ahhh...rasa macam nak sekeh2 dia org nie pun ada jugak...ekekek...

bagilah idea2 bagaimana nak merangka PERLEMBAGAAN NYA..atau syarat2 untuk menjadi ahli kesatuan ni..barulah leh di buat perbincangan lanjut atau layutt pasal menda alah nie...ni tak..angguk2..geleng2..tunduk2..ni yg buat aku dah start nak nyanyi lagu nie.....kang kalau aku dah mula nyanyi..tak leh cari makan kang budak2 AF tu....baik jgn bagi aku nyanyi...

1st sekali...untuk melaksanakan agar ujud nya KESATUAN MELAYU/MUSLIM CYBER ni...aku rasa kita perlu clear card kan mengenai beberapa perkara..di antara nya seperti :

1.OBJEKTIF PENUBUHAN

2.PERLEMBAGAAN KESATUAN

3.SYARAT2 MENJADI AHLI KESATUAN

4.MISI KESATUAN

5.HIRAKI ORGANISASI

tu diantara beberapa perkara yang aku rasa perlu di ambil perhatian di dalam perbincangan mengenai idea untuk menubuhkan persatuan ni...( persatuan maya ).

KESATUAN MELAYU/ MUSLIM CYBER -ni merupakan cadangan aku untuk menamakan persatuan nie...oleh kerana masih belum ada satu nama yang sesuai untuk kita pilih...so aku cadangkan agar kita namakan dulu dengan nama KMC ni.

bagi mereka yang ingin memberi sebarang idea dan ada masa terluang untuk sama melahirkan persatuan nie...
korang leh e mel aku..apa saja pandangan dan pendapat mengenai hal ini di charkueteow @ yahoo.com
psstttt...kalau segan nak buat ulusan dlm nie ahh....kalau tak kat blog nie pun leh korang bagi idea....kalau ada e mel2 yg menarik pun leh emel kan jugak...huhuhuhuhuhuhuhu...ekekeke...

2 ulasan:

en_me berkata...

salam ramadhan almubarak..

ghimau berkata...

Hmm.. aku baru jumpa blog ni.. dan idea tu menarik.. buat satu code of ethics yang islamic... nanti ada idea aku email kat ko