SELAMAT HARI RAYA

3 ulasan

yeahhhh raya semakin menjelma....tinggal berapa hari lagi kita umat islam semua akan menyambut hari lebaran....

pasti semua sudah membeli belah..beli baju baru...carpet baru...kasut baru..langsir baru....bak kata semua nya lah baru2...

cuma dalam kita begitu asyik membeli belah..kuar duit sana sini...meh kita renung sejenak..bagi mereka yang telah tiada ...telah meninggalkan kita...telah kembali kerahmahtullah...apa kata kita bertafakur sejenak...dengan memberi sedekah AL FATIHAH pada ibu bapa..adik beradik..sanak saudara dan seluruh umat islam yg telah menyahut seruan ilahi...

AL FATIHAH

amin...insyaALLAH usaha kita yg seminit dua ini..di harapkan agar ALLAH menerima.

so....apa citer raya tahun nie...?

gj ..macam biasa..so far raya tak kemana pun..kg pun takder..nak balik kg macamana kan...ekeke...
just beraya di rumah kakak..di klang jugak..
senang citer umah dia dah jadi macam kampung gj adik beradik ahh..sebab nya semua adik beradik akan bertumpu ker rumah nya..bila ada apa2 hari kebesaran...mahupun kenduri arwah..semua majlis akan di adakan di rumah nya...

ekceli..kakak pun cuma ada anak sowang jer...tu pun dah besar anak nya..dah anak dara..belajar di Universiti ..ambil TESL...ada sowang lagi anak dia..lelaki..umo 6 tahun..yg tu anak angkat..dia boring duduk umah lepas tak keje dulu..so dia ambik sowang anak angkat...

biasanya...malam raya..abg gj akan lead bertahmid ...kami adik beradik akan membuat kenduri arwah malam raya..semua adik beradik dan ipar duai...akan solat berjamaah...selepas buka puasa...tapi tahun nie..corrum kurang cukup...abg yg tua beraya di kuala pilah..umah mak mentua nya....

sebab tu...kita gantikan..upacara tu..pada 28 ramadan nie...semua adik beradik akan berkumpul di rumah kakak...berbuka puasa bersama..insyaALLAH buat kenduri arwah among adik badik...

ALHAMDULILLAH....walaupun kami adik beradik telah tiada ibu bapa....syukur..ukhwah kami semua masih kukuh...hubungan adik beradik sangat intim dan hormat antara satu sama lain...dia org semua pun dah jadi org berpangkat lah nie.....just gj jer yg masih di takuk macam nie..ekekeke..takpa..as long hidup sekeluarga aman dan di redhai..tu yg penting.

kami masih ingat lagi pesan arwah mak

korang adik beradik jangan bergado...adik beradik mesti tolong menolong...tegur menegur..jgn kecil hati kalau yg tua tegur yg muda...air di cincang tak akan putus

mmmmmmmmm...rindu sgt dengan mak dan abah......

tahun nie...bulan ramadan nie..gj ..dapat berjumpa dengan arwah abah dan kakak hanya di dalam mimpi...arwah mak...tak plak dapat mimpi....hmmmmmmm miz u mak...rindu sgt...

TAG -RHEA

2 ulasan

Siapakah yang membuatkan anda ketawa semalam?
-ALONG DGN ANGAH

Apakah yang sedang anda lakukan pada jam 0800?
8 PAGI EKKK...TGH MEREMPIT NAK DTG OPIS..

Apakah yang anda lakukan 30 minit lepas?
TGH MEREMPIT JUGAK DARI RUMAH KER OPIS....BALIK TIDO TADI

Apakah yang berlaku kepada anda dalam tahun 2007?
MMMM....APA YG BERLAKU PADA ANDA..??? NTAH...

Apakah perkara (perkataan) terakhir yang anda cakapkan dengan nada yang kuat?
EKEKEK...TADI BERBORAK DGN DOKTOR PANEL AKU....
TU AHH DOKTOR SAYA MINTAK UBAT KOLESTROL DOKTOR TAK BAGI ASYIK SUWUH SAYA BERSENAM JER....KAN SAYA DAH PI JUMPA DOKTOR LAIN...EKEKKE


Berapa banyak minuman yang anda ambil hari ini?
2 GELAS JER TIME SAHUR TADI...TAPI KALAU RHEA YG BUATKAN MAHU SATU TONG KOT...EKEKE

Apakah warna sikat anda?
BIRU

Apakah benda terakhir yang anda bayar?
AYAM PERCIK -SEMALAM PI BAZAAR RAMADHAN

Di manakah anda semalam?
OPIS...BAZAAR RAMADHAN...UMAH...

Apakah warna pintu depan anda?
WARNA KULIT KAYU....

Di manakah anda menyimpan baki (duit)?
TABUNG ANAK...EKEKKE...

Apakah keadaan cuaca hari ini?
CUACA AGAK PANAS

Apakah perasa ais krim yang sedap?
ADEHHHHHHHHH......LAMA TAK MAKAN AISKRIM

Apakah yang merangsang anda?
RANGSANG APA NIE...SOKLAN MAUT NIE...EKEKEK.....RHEA KOT

Adakah anda ingin menggunting rambut anda?
YUP..SABTU NIE

Adakah umur anda melebihi 25 tahun?
EKEKEK...SUDAH SEMESTI NYA

Adakah anda banyak bercakap?
HUHUHUHUHUHUHUHU...SUDAH SEMESTINYA

Adakah anda menonton O.C.?
O.C NIE AMENDA....OPERA CHINA EK...TAK TGK AHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH

Adakah anda kenal sesiapa yang bernama Steven?
ADA....

Adakah anda menata rupa ayat sendiri?
NTAH....TAK FAHAM SOKLANN NI

Adakah anda seorang yang cemburu?
YUP.....

Namakan seorang rakan yang bermula dengan huruf ‘A’.
ARRIANA...HAHAHAHAHAH....MAKWE DATA DLM PORUM

Namakan seorang rakan yang bermula dengan huruf ‘K’.
KAMBING...EKEKEK TEMPE

Siapakah orang pertama dalam senarai panggilan diterima?
EKEKEK...BINI AHHH...KALAU TAK JWP..MAHU MELENTING DIA...HAHAHA

Apakah teks mesej terakhir yang anda terima?
DARI MAXIS..KATA ADA DISKAUN NANDOS

Adakah anda mengunyah penyedut minuman?
TAKK

Adakah anda mempunyai rambut keriting?
EKEKEKE...KALAU ADA KOMPOM MMG ORG APRIKA

Di manakah tempat yang ingin anda tuju selepas ini?
TOILET..TAIP SAMBIL PERUT MEMULAS NIE....ADEHHH

Siapakah orang yang biadap di dalam hidup anda?
BIARLAH RAHSIA....MMG ADA....

Apa makanan Terakhir anda makan?
HUHUHU...MACAM NAK MATI PLAK TANYA MAKANAN TERAKHIR...EKEKKE

Adakah anda akan berkahwin pada masa depan?
YUHUUUUUUUUUUUUUUUUUU...........................ORG YG TAG NIE OK KER...HAHAHAHAH

Apakah wayang terbaik yang anda tonton dalam tempoh 2 minggu lepas?
LAMA DAH TAK TGK WAYANG

Adakah anda menyukai sesiapa buat masa ini?
HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHH...TERESSA KOK...HAHAHAHAHAHHAA

Bilakah kali terakhir anda menyediakan sajian?
PTG SEMALAM MASA NAK BERBUKA PUASA

Adakah anda sedang bermuram?
TAK KOT

Adakah anda menangis hari ini?
TAK


thanks rhea bagi tag nie...sori ahhhh lama baru abg dapat buat........
masih majuk lagi ker...huhuhuhuhu

TAG -ENA

0 ulasan

1. nama-nama timangan oleh org tersayang
HUHU..WIFE PANGGIL....ABG..ATAU ABAH...

2. anda seorang yang...
periang...kuat ketawa..kuat bergurau..tapi agak panas baran

3. insan teristimewa. describe apa yg membuatkan die terlalu istimewa di mata anda.
sudah semesti nya...keluarga..isteri ..anak2..adik beradik...dan tak lupa juga semua rakan forum jomlayan...korang tahu tak..aku sebenarnya sayang kat korang semua...cuma aku tak leh nak tunjuk sgt.....nanti koranng pijak pala aku....ekekekek

4. makanan favourite anda
semua yg pedas

5. favourite kaler
biruuuuuuuuuuuuuu

6. favourite song
apa2 lagu yg sedap di dengar

7. sikap yg membuatkan anda stress
bila aku di larang isap rokok...hahahahahah

8. 3 benda yg mesti ada dalam handbag anda
1.duit
2.ic
3.lesen keta

9. kali terakhir anda menangis beriya-iya..kenapa??
tak ingat

10. tag 5 rakan anda
huhuhuhuhu...nak tag macamana...tag yg ena bagi nie pun....berbulan2 baru aku leh siap kan...sori nya enaaaa.......

KESATUAN MELAYU CYBER

2 ulasan

salam

KESATUAN MELAYU CYBER /KESATUAN MUSLIM CYBER - ( KMC )

merujuk pada posting yang sebelum ini mengenai cadangan untuk mengujudkan persatuan pengguna internet muslim..melihat dari ulusan rakan2 sama ada di dalam blog ini mahupun di luar...rata2 bersependapat dan bersetuju kalau kita dapat ujudkan satu kesatuan pengguna internet...
namun apa yang membuat kan aku poning..( nasib baik tak muntah2..atau loya...kalau ada macam tu kompom aku mengandung huhuhuhhu....) kebanyakan dari yg bersetuju...setuju melalui mulut jer ahhh...rasa macam nak sekeh2 dia org nie pun ada jugak...ekekek...

bagilah idea2 bagaimana nak merangka PERLEMBAGAAN NYA..atau syarat2 untuk menjadi ahli kesatuan ni..barulah leh di buat perbincangan lanjut atau layutt pasal menda alah nie...ni tak..angguk2..geleng2..tunduk2..ni yg buat aku dah start nak nyanyi lagu nie.....kang kalau aku dah mula nyanyi..tak leh cari makan kang budak2 AF tu....baik jgn bagi aku nyanyi...

1st sekali...untuk melaksanakan agar ujud nya KESATUAN MELAYU/MUSLIM CYBER ni...aku rasa kita perlu clear card kan mengenai beberapa perkara..di antara nya seperti :

1.OBJEKTIF PENUBUHAN

2.PERLEMBAGAAN KESATUAN

3.SYARAT2 MENJADI AHLI KESATUAN

4.MISI KESATUAN

5.HIRAKI ORGANISASI

tu diantara beberapa perkara yang aku rasa perlu di ambil perhatian di dalam perbincangan mengenai idea untuk menubuhkan persatuan ni...( persatuan maya ).

KESATUAN MELAYU/ MUSLIM CYBER -ni merupakan cadangan aku untuk menamakan persatuan nie...oleh kerana masih belum ada satu nama yang sesuai untuk kita pilih...so aku cadangkan agar kita namakan dulu dengan nama KMC ni.

bagi mereka yang ingin memberi sebarang idea dan ada masa terluang untuk sama melahirkan persatuan nie...
korang leh e mel aku..apa saja pandangan dan pendapat mengenai hal ini di charkueteow @ yahoo.com
psstttt...kalau segan nak buat ulusan dlm nie ahh....kalau tak kat blog nie pun leh korang bagi idea....kalau ada e mel2 yg menarik pun leh emel kan jugak...huhuhuhuhuhuhuhu...ekekeke...

apakah AKAN jadi kenyataan...???

6 ulasan

salam

dah lama dah aku ingin meluahkan idea aku nie...
mebi sesetengah org akan katakan....amendaa ahhh mamat nie...takder objektif...idea yang tak munasabah..mebi yang lain plak akan katakan....sengal nya org....
tapi tak per lah...tu org kata...

tapi apa yang aku nak bagi tahu nie..adalah idea yang dah lama aku mimpikan dan aku rasa ini bukan satu idea bodoh atau apa sahaja...mebi juga idea nie dah terlaksana cuma aku selama ini tak tahu ujud nya idea tu...dah ada pun apa yg aku ingin sgt nak buat nie di alam maya ini...cuma aku jer tak ikuti perkembangan nya....

apa yang aku teringin sgt dan tgh berusaha untuk ujudkan nya ialah

aku ingin mengujudkan satu persatuan pengguna internet muslim

persatuan yang akan mengumpulkan kesemua pegguna internet muslim terutama nya pengguna internet muslim malaysia...

skrg nie..kalau kita lihat...perkembangan internet semakin luas...penggunaan nya semakin ramai...selama ini..pengguna internet atau bahasa kampung pelayar internet bergerak secara individu di dalam alam cyber ini...masa semakin berubah...teknology semakin berkembang..internet menjadi satu alternatif di dalam komunikasi bahkan menjadi satu saluran maklumat yang paling pantas dan murah....

pengguna internet bergerak secara individu....mmmm kalau ikut logik nya..mmg lah tu kenyataan nya...semua yg ada di tenet bergerak individu....
pengguna internet terdiri dari beberapa kategori....

ada yang menggunakan nya sekali sekala
ada yang menggunakan sekali seumo hidup.....
ada yang menggunakan nya setiap hari....

di dalam internet terdapat beratus2 jenis web...dari blog..forum..chat..info..biznis...pelbagai tujuan ahh web di ujudkan..dan ia mempunyai penggemar2 tersendiri.

tak terkecuali juga...di dalam menggunakan internet untuk mencari info atau apa sahaja...kita terdedah dengan perkara2 yang negatif atau yg boleh membuat kita berubah kelakuan jika di layari secara tetap terhadap web2 yang negatif atau web2 yg memberi info yang keliru...

CYBER COMUNITY
komuniti maya....secara tak langsung..atau sedar tak sedar...bila berada di dalam alam cyber ini..sebenar nya kita berada di dalam satu masyarakat maya yang amat luas..kita tidak bersendirian...kita boleh di hubungi dengan pelbagai mereka yang sedang menggunakan internet...

pada aku....
kita perlu ujudkan satu ..persatuan pengguna internet muslim
dimana persatuan ini terbuka kepada semua pengguna internet di mana sahaja..tetapi aku lebih utamakan buat masa ini pengguna internet muslim di malaysia.

kenapa perlu ada nya persatuan ini.../ objektif persatuan ini:

di antara objektif persatuan ini....yang sempat aku terfikir dan juga idea dari rakan cyber dari forum jomlayan...

1.menjadi satu platform di dalam mengikat ukhwah sesama muslim di alam cyber.

2.menjadi satu platform bertukar2 tukar pendapat di dalam sesuatu perkara.

3.meningkatkan lagi kualiti pemikiran yang kreatif dan kolektif didalam membincangkan sesuatu perkara itu.

4.menggalakan penyertaan pengguna internet agar melayari web yang lebih berilmu dan mendapatkan pandangan terhadap sesuatu kemusykilan atau apa sahaja terhadap sumber2 yang di perolehi melalui internet.

5.menjadi wadah atau suara umat islam di dalam menegakkan kebenaran atau memacu suara umat islam di alam maya ini.

6.mewakili pengguna internet muslim di dalam melahirkan sebarang idea atau apa sahaja pandangan bagi memantapkan lagi ukhwah..perniagaan maya..toleransi masyarakat..atau apa sahaja yang mendatangkan kebaikan pada umat islam khususnya dan masyarakat sekitar am nya.

ini hanyalah baru idea kasar....
banyak lagi yang aku perlu perhalusi...untuk menjadi kan ini satu kenyataan aku memerlukan sokongan dari semua sahabat maya....di dalam melaksanakan idea ini...
pada sesiapa yang berminat bersama2 di dalam melaksanakan projek ini dan ingin bersatu di bawah satu payung....aku berharap...dapat memberikan ulasan dan idea2 mebi yang lebih bagus lagi untuk kita sama2 jadikan ia nya satu reality...

vrommmmmmmmmmmmmm

4 ulasan

vroooooooooooooooommmmmmmmmmmm.....ileks ahh along/angah...mentang2 abah moto kapcai..tak mo tggu abah ekkkk....huhuhu....semalam bawak budak2 nie pi soping..ingat nak pi beli baju raya....tapi kat tempat game nie jerr dah berjam2 layan kerenah dia org...tensionnnnn mak nya..huhuhu...anak abah lah katakan....ekekek

jappp alonggg.....ada aweks nie...jom kita hon dia..ekekekek....


3RD AUGUST.................

0 ulasan

salam

3rd august....hepi besday to me..ekekek...dah semakin tua ekk...

apa2 pun thanks dan bersyukur kerana masih lagi di beri kesempatan oleh ALLAH untuk menikmati hidup ini...

pada rakan2 semua...terima kasih banyak2 kerana mendoakan aku..di murah kan rezeki dan panjang umo...

korang semua mmg sentiasa aku ingati..dan merupakan rakan tenet yang sentiasa aku sanjungi dan hargai...

rasa nya berbaloi ahh...kenal dengan u all semua..sempena besday aku nie...cuma satu yang aku harapkan dan menjadi impian aku selama ini....

aku berharap sangat komuniti yang kita bentuk selama ini..akan kekal...akan merapatkan persahabatan antara kita semua..dan akan menjadi satu komuniti yang besar satu hari nanti...satu komuniti di mana kita semua dapat menjalinkan persahabatan yg ikhlas dan dapat membantu antara satu sama lain....bukan sekadar hanya bertenet sahaja...tapi lebih jauh dari tu...itu yang aku sentiasa harapkan...mebi one day nanti bila aku dah tiada...ada org yang akan sambung semua usaha ini...harap2 begitulah...

anyway...nak citer sikit nie...

ahad lepas merupakan hari perkahwinan sepupu aku nya anak..so yg kawen tu kira pangkat anak sedara ahh..duduk pun blkg umah aku jer..ekeke..happening btl majlis dia....ramai manusia yg datang..malam ahad tu jer..di anggarkan lebih dari 2 ribu yg dtg...apa tak nya..segala ceruk branch PEKIDA sampai..yg dari kedah lah..dari melaka lah..dari johot lah..dari Kl lah...ramaiii tol....malam tu jer...6 ekor kambing licin di belasah...2 ekor buat BBQ..yg lain masak kuah....daging lembu lagi....adehh...macam jin dia org nie..habis semua..ekekek

dlm kemeriahan tu...dlm keasyikan layan live band mlm tu....hampir kol 12 aku balik umah jap...dgn kakak2 aku..anak2 sedara yg lain..wife..anak2 aku...ecehhhwahhh....dia org selebet besday aku...just nyanyi lagu besday...makan sikit2...tak sambut pung...ekceli balik sebab nak tido kan twins...lagi pun penat sgt dahh malam tu....aku dapat kol..yg membawa berita...opis mate aku nya hasben meninggal dunia..sakit jantung..1st attack..umo baru 32 tahun...terkejut deennnn....adehhh

ajal dia dah sampai...mmmm...tu semua buat aku termenung..memikirkan...bahwa ni merupakan satu peringatan bagi aku dari ALLAH....supaya sentiasa mengingati NYA..dan bersyukur atas segala yang aku ada dan nafas yg di pinjam dari NYA...AL FATIHAH buat arwah....( arwah nie aku kenal jugak..)

k ahh...

ni ada beberapa keping gambo...majlis tersebut...