pukul lah gendeng kulit kerebau..dlm majlis tari menari...ewahh
hamba lah ini dik oii dtg merantau
membawa belas org di sini....ewahhh
sedap plak lagu nie...ekekekek
lama dahh tak up dated blog nie.....so sempena kita akan menyambut tahun baru dan awal muharam tak beberapa hari lagi nie....
aku nak ucap kan selamat tahun baru pada semua yang mengenali aku sama ada di luar mahupun di dalam..heheh....semoga hidup kita semua bertambah barakahhh...dan lebih mantop...kata ustaz mantop ustaz zamri...huhuhuhu..
hendak nya tahun 2008 banyak memberi kita pengajaraan agar 2009 yg akan dtg tidak berulang apa yg pernah terjadi terutama nya pekara2 yg tidak baik bagi kita dan keluarga kita serta ketua kampung kita dan rakan sebelah umah kiri dan kanan serta jiran sebelah kedai runcit yg kat depan tu. kita doa kan semua nya agar lebih sihat dan lebih di rahmati sepanjang tahun depan...
tahun berganti tahun....apa citer azam tahun nie plak..??
kalau citer bab azam...malehhh nak berazam dah.....ekekek....apa-apa pun...aku cuba lah jugak nak buat azam..sebab tgk rata semua org ada azam..aku pun nak ahhh jugak azam tu...
aku berazam untuk berhenti merokok...
perghhhhhhhhhhhh...ni azam kira paling maut nya azam pernah aku angan2 kan....hahahah
aku berenti merokok..??????????.......
leh kot.....aku cuba lah......kalau tak berenti pun..aku kurang kan lah sikit btg rokok yg aku sedut tu....
aku kira2 duit rokok aku sebulan...leh cecah RM400/- perghhh banyak tu bagi aku...
duit sebanyak tu..kalau aku belanja twins aku...lagi bagus....
cuba jer lah azam tu....mintak2 lehhh ahh aku stop atau kurang kan speed merokok aku ker 10/sejam hahahaha...
untuk semua sekali lagi....SELAMAT TAHUN BARU..
AMPUN DAN MAAF SEANDAI NYA TAHUN 2008 INI ...GJ ADA BUAT SALAH SILAP PADA RAKAN2 MAYA GJ NIE...tu pun kalau ada yg baca blog nie..ekekek...ampun DARI HUJUNG RAMBUT KER HUJUNG KUKU KAKI GJ YG TAK COMEI NIE....MAAF KAN GJ KALAU ADA TERKASAR BAHASA ....KALAU ADA BUAT SESIAPA YG TERASA HATI...GJ HANYA MANUSIA BIASA....ADA KELEMAHAN DIRI GJ SENDIRI....
SELAMAT TAHUN BARU
0 ulasanDicatat oleh Geng Jahat di 2:40 PTG
~~wHaT MakeS.....................
0 ulasanWhat Makes A Malaysian A Malaysian?
Dicatat oleh Geng Jahat di 9:25 PG
~PEWARIS~
1 ulasanPEWARIS adalah jaringan kerjasama NGO-NGO Islam, persatuan-persatuan seni, warisan, organisasi budaya Melayu, majlis perwakilan pelajar dan badan-badan seumpamanya yang bersatu bagi membentuk satu suara dalam memperjuangkan agama Islam dan bangsa Melayu. Ia bertanggungjawab sebagai badan bertindak bagi memantau serta menangani isu –isu yang mencabar atau menghina kepentingan Islam, institusi Raja, bahasa Melayu dan kaum Bumiputra ataupun isu yang boleh menggugat ekonomi, ketenteraman, keharmonian dan perpaduan kaum dengan merujuk kepada kontrak sosial yang telah wujud di Negara ini. Isu kezaliman, kemanusiaan dan juga kebaikan bersama rakyat Malaysia juga menjadi agenda pertubuhan ini. Selain itu, PEWARIS juga akan memantau isu-isu yang melibatkan isu diskriminasi, ugutan serta pilihkasih melibatkan amalan beragama. Islam menjadi teras penyatuan dan kerjasama sebagaimana agama Islam sebagai Agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.
2. OBJEKTIF PEWARIS
Membangun dan mengembalikan semangat juang ummah untuk menegakkan kebenaran dan keadilan tanpa mengira kedudukan, pangkat, darjat dan usia.
Membawa anak bangsa ke arah satu kesatuan untuk mengecapi kesejahteraan, keamanan, kedamaian rohani dan jasmani.
Mewujudkan satu budaya menghormati antara satu sama lain, tidak mementingkan diri dan sentiasa harmoni di dalam suasana persaudaraan sebangsa dan seagama.
Membawa anak bangsa kembali mendalami anutan agama ke satu titik penghayatan perjalanan yang satu.
3. POLISI PEWARIS
Adalah menjadi dasar para ahli Pewaris untuk berjuang kerana Agama, Bangsa dan Negara dengan berlandaskan antara lain :-
Asas perjuangan adalah Islam
Demi perpaduan Agama
Tanpa keangkuhan sesama sendiri
Hati sentiasa bersih tapi berjiwa besar
Bersama sedia membantu perjuangan jihad ekonomi, mencari keberkatan & sokong produk dan ekonomi Islam
Tidak mendahulukan kepentingan diri
Buang perasaan hasad dan dengki
Tidak membezakan bangsa dan keturunan
Tidak membezakan fahaman Politik
Tanpa mengira darjat, pangkat, kekayaan dan kedudukan
ketepikan semangat Kenegerian
Sanggup berkorban, sedia berjihad
Lupakan sebarang persengketaan di antara kita, gabung segala tenaga bersama
Memenuhi akad janji dan sumpah untuk berjuang demi agama dan bangsa
Tidak membangkit, mengungkit serta mewujudkan sebarang persengketaan sesama ahli.
Dicatat oleh Geng Jahat di 11:13 PG
KEnangaN 80 an......
4 ulasanekekekk...kenangan di zaman 80 an...bila melihatkan gambar2 di atas....terimbas semula kenangan sewaktu kanak2 dulu....tu lah items2 yang biasa akan di lihat di pegang oleh kanak2 di zaman 80an.....huhuhuhu terasa tua dah lah nie....heheheh
Dicatat oleh Geng Jahat di 9:31 PG
surat wasiat pegebom di BALI
0 ulasanAl-fatihah buat saudara islam kita nie.
hanya ALLAH sahaja yg maha mengetahui sama ada beliau benar atau tidak di dalam perjuangan nya.
bersyukur kita di dalam negara kita tidak ada yang terlalu xtreme terhadap perjuangan yg menggunakan senjata di dalam mencapai cita2 perjuangan nya.
namun benarkah kumpulan seperti ini tidak ujud di malaysia? atau mereka hanya menantikan hari dan masa yang sesuai untuk bertindak....Alhamdulillah kerharmonian negara kita masih di rahmati ALLAH...apa pun jangan kita lupa..ujian ALLAH sentiasa akan tiba kita tidak akan tahu bila...dalam kelekaan kita dalam keseronokan kita dalam kealpaan kita menunding jari sesama kita...kita lupa setiap patah perkataan kita hendak lah di jaga agar ia tidak menghiris perasaan org lain...namun dalam setiap pertelingkahan atau perbalahan pendapat..kita sering hendak menegakan apa yg kita rasa hanya betul pada kita....
sifat manusia....sentiasa mahu mencabar setiap apa yang di rasakan tidak betul...yang membuat sesorang itu beza antara sesorg yang lain dlm hal sedemikian ialah cara tindakan yang di ambil di atas sifat ketidak puasan hati itu. Begitulah indah nya ciptaan ALLAH yang bernama INSAN nie...dipenuhi dengan warna warni di dalam kehidupan...sejauh mana sebanyak mana warna -warna itu menghiaskan pentas kehidupan masing2 terpulang setakat mana warna-warna tersebut di hasilkan oleh diri masing -masing.
aikk.....dah macam aku plak yg tulis wasiat ek.....ekekekekek
Dicatat oleh Geng Jahat di 2:49 PTG
pemimpin muda negara..?
0 ulasanDicatat oleh Geng Jahat di 9:35 PG
terhegeh hegeh..?
1 ulasanDicatat oleh Geng Jahat di 9:25 PG
nak SHARE sama tak....
0 ulasanaku suka baca buku nie...count your chikens before they hatch....
just nak share dgn korang di antara part yg aku suka baca dlm buku ayam nie..ekeke
" when you chase your derams,there can be only two outcomes, either you make it or you give up ( aku nie part yg mana dlm tu ek..hahahha..). And when the chikens you expect to hatch dont't hatch and you end up being paralysed from the neck below since the age of 14, the easier option is to give up and focus your pain.Ed Roberts refused to do that>instead he mastered how to lead a normal life battling passionately against all odds. From his wheelchair he became the first disabled Director of California state Department of Rehabilitation."
" In fact, it is about failing in business at the age of 21, being defeated in a legislative election at the age of 22, overcoming the death if his sweetheart at the age of 26, losing congressional races at the age 34 and 36, losing the senatorial race at the age 45 and again later at the age 49,losing the race for the vice-presidential post at he age of 47,and finally becoming the president of United states at the age of 52! It is about being Abraham Lincoln stepping stones to a future that he passionately dream of"
Dicatat oleh Geng Jahat di 11:15 PG
SeLAMAt RAyooooooo sakan
1 ulasanDicatat oleh Geng Jahat di 9:14 PG
SELAMAT HARI RAYA
3 ulasanyeahhhh raya semakin menjelma....tinggal berapa hari lagi kita umat islam semua akan menyambut hari lebaran....
pasti semua sudah membeli belah..beli baju baru...carpet baru...kasut baru..langsir baru....bak kata semua nya lah baru2...
cuma dalam kita begitu asyik membeli belah..kuar duit sana sini...meh kita renung sejenak..bagi mereka yang telah tiada ...telah meninggalkan kita...telah kembali kerahmahtullah...apa kata kita bertafakur sejenak...dengan memberi sedekah AL FATIHAH pada ibu bapa..adik beradik..sanak saudara dan seluruh umat islam yg telah menyahut seruan ilahi...
AL FATIHAH
amin...insyaALLAH usaha kita yg seminit dua ini..di harapkan agar ALLAH menerima.
so....apa citer raya tahun nie...?
gj ..macam biasa..so far raya tak kemana pun..kg pun takder..nak balik kg macamana kan...ekeke...
just beraya di rumah kakak..di klang jugak..
senang citer umah dia dah jadi macam kampung gj adik beradik ahh..sebab nya semua adik beradik akan bertumpu ker rumah nya..bila ada apa2 hari kebesaran...mahupun kenduri arwah..semua majlis akan di adakan di rumah nya...
ekceli..kakak pun cuma ada anak sowang jer...tu pun dah besar anak nya..dah anak dara..belajar di Universiti ..ambil TESL...ada sowang lagi anak dia..lelaki..umo 6 tahun..yg tu anak angkat..dia boring duduk umah lepas tak keje dulu..so dia ambik sowang anak angkat...
biasanya...malam raya..abg gj akan lead bertahmid ...kami adik beradik akan membuat kenduri arwah malam raya..semua adik beradik dan ipar duai...akan solat berjamaah...selepas buka puasa...tapi tahun nie..corrum kurang cukup...abg yg tua beraya di kuala pilah..umah mak mentua nya....
sebab tu...kita gantikan..upacara tu..pada 28 ramadan nie...semua adik beradik akan berkumpul di rumah kakak...berbuka puasa bersama..insyaALLAH buat kenduri arwah among adik badik...
ALHAMDULILLAH....walaupun kami adik beradik telah tiada ibu bapa....syukur..ukhwah kami semua masih kukuh...hubungan adik beradik sangat intim dan hormat antara satu sama lain...dia org semua pun dah jadi org berpangkat lah nie.....just gj jer yg masih di takuk macam nie..ekekeke..takpa..as long hidup sekeluarga aman dan di redhai..tu yg penting.
kami masih ingat lagi pesan arwah mak
korang adik beradik jangan bergado...adik beradik mesti tolong menolong...tegur menegur..jgn kecil hati kalau yg tua tegur yg muda...air di cincang tak akan putus
mmmmmmmmm...rindu sgt dengan mak dan abah......
tahun nie...bulan ramadan nie..gj ..dapat berjumpa dengan arwah abah dan kakak hanya di dalam mimpi...arwah mak...tak plak dapat mimpi....hmmmmmmm miz u mak...rindu sgt...
Dicatat oleh Geng Jahat di 2:49 PTG
TAG -RHEA
2 ulasanSiapakah yang membuatkan anda ketawa semalam?
-ALONG DGN ANGAH
Apakah yang sedang anda lakukan pada jam 0800?
8 PAGI EKKK...TGH MEREMPIT NAK DTG OPIS..
Apakah yang anda lakukan 30 minit lepas?
TGH MEREMPIT JUGAK DARI RUMAH KER OPIS....BALIK TIDO TADI
Apakah yang berlaku kepada anda dalam tahun 2007?
MMMM....APA YG BERLAKU PADA ANDA..??? NTAH...
Apakah perkara (perkataan) terakhir yang anda cakapkan dengan nada yang kuat?
EKEKEK...TADI BERBORAK DGN DOKTOR PANEL AKU....
TU AHH DOKTOR SAYA MINTAK UBAT KOLESTROL DOKTOR TAK BAGI ASYIK SUWUH SAYA BERSENAM JER....KAN SAYA DAH PI JUMPA DOKTOR LAIN...EKEKKE
Berapa banyak minuman yang anda ambil hari ini?
2 GELAS JER TIME SAHUR TADI...TAPI KALAU RHEA YG BUATKAN MAHU SATU TONG KOT...EKEKE
Apakah warna sikat anda?
BIRU
Apakah benda terakhir yang anda bayar?
AYAM PERCIK -SEMALAM PI BAZAAR RAMADHAN
Di manakah anda semalam?
OPIS...BAZAAR RAMADHAN...UMAH...
Apakah warna pintu depan anda?
WARNA KULIT KAYU....
Di manakah anda menyimpan baki (duit)?
TABUNG ANAK...EKEKKE...
Apakah keadaan cuaca hari ini?
CUACA AGAK PANAS
Apakah perasa ais krim yang sedap?
ADEHHHHHHHHH......LAMA TAK MAKAN AISKRIM
Apakah yang merangsang anda?
RANGSANG APA NIE...SOKLAN MAUT NIE...EKEKEK.....RHEA KOT
Adakah anda ingin menggunting rambut anda?
YUP..SABTU NIE
Adakah umur anda melebihi 25 tahun?
EKEKEK...SUDAH SEMESTI NYA
Adakah anda banyak bercakap?
HUHUHUHUHUHUHUHU...SUDAH SEMESTINYA
Adakah anda menonton O.C.?
O.C NIE AMENDA....OPERA CHINA EK...TAK TGK AHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
Adakah anda kenal sesiapa yang bernama Steven?
ADA....
Adakah anda menata rupa ayat sendiri?
NTAH....TAK FAHAM SOKLANN NI
Adakah anda seorang yang cemburu?
YUP.....
Namakan seorang rakan yang bermula dengan huruf ‘A’.
ARRIANA...HAHAHAHAHAH....MAKWE DATA DLM PORUM
Namakan seorang rakan yang bermula dengan huruf ‘K’.
KAMBING...EKEKEK TEMPE
Siapakah orang pertama dalam senarai panggilan diterima?
EKEKEK...BINI AHHH...KALAU TAK JWP..MAHU MELENTING DIA...HAHAHA
Apakah teks mesej terakhir yang anda terima?
DARI MAXIS..KATA ADA DISKAUN NANDOS
Adakah anda mengunyah penyedut minuman?
TAKK
Adakah anda mempunyai rambut keriting?
EKEKEKE...KALAU ADA KOMPOM MMG ORG APRIKA
Di manakah tempat yang ingin anda tuju selepas ini?
TOILET..TAIP SAMBIL PERUT MEMULAS NIE....ADEHHH
Siapakah orang yang biadap di dalam hidup anda?
BIARLAH RAHSIA....MMG ADA....
Apa makanan Terakhir anda makan?
HUHUHU...MACAM NAK MATI PLAK TANYA MAKANAN TERAKHIR...EKEKKE
Adakah anda akan berkahwin pada masa depan?
YUHUUUUUUUUUUUUUUUUUU...........................ORG YG TAG NIE OK KER...HAHAHAHAH
Apakah wayang terbaik yang anda tonton dalam tempoh 2 minggu lepas?
LAMA DAH TAK TGK WAYANG
Adakah anda menyukai sesiapa buat masa ini?
HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHH...TERESSA KOK...HAHAHAHAHAHHAA
Bilakah kali terakhir anda menyediakan sajian?
PTG SEMALAM MASA NAK BERBUKA PUASA
Adakah anda sedang bermuram?
TAK KOT
Adakah anda menangis hari ini?
TAK
thanks rhea bagi tag nie...sori ahhhh lama baru abg dapat buat........
masih majuk lagi ker...huhuhuhuhu
Dicatat oleh Geng Jahat di 2:56 PTG
TAG -ENA
0 ulasan1. nama-nama timangan oleh org tersayang
HUHU..WIFE PANGGIL....ABG..ATAU ABAH...
2. anda seorang yang...
periang...kuat ketawa..kuat bergurau..tapi agak panas baran
3. insan teristimewa. describe apa yg membuatkan die terlalu istimewa di mata anda.
sudah semesti nya...keluarga..isteri ..anak2..adik beradik...dan tak lupa juga semua rakan forum jomlayan...korang tahu tak..aku sebenarnya sayang kat korang semua...cuma aku tak leh nak tunjuk sgt.....nanti koranng pijak pala aku....ekekekek
4. makanan favourite anda
semua yg pedas
5. favourite kaler
biruuuuuuuuuuuuuu
6. favourite song
apa2 lagu yg sedap di dengar
7. sikap yg membuatkan anda stress
bila aku di larang isap rokok...hahahahahah
8. 3 benda yg mesti ada dalam handbag anda
1.duit
2.ic
3.lesen keta
9. kali terakhir anda menangis beriya-iya..kenapa??
tak ingat
10. tag 5 rakan anda
huhuhuhuhu...nak tag macamana...tag yg ena bagi nie pun....berbulan2 baru aku leh siap kan...sori nya enaaaa.......
Dicatat oleh Geng Jahat di 2:36 PTG
KESATUAN MELAYU CYBER
2 ulasanKESATUAN MELAYU CYBER /KESATUAN MUSLIM CYBER - ( KMC )
merujuk pada posting yang sebelum ini mengenai cadangan untuk mengujudkan persatuan pengguna internet muslim..melihat dari ulusan rakan2 sama ada di dalam blog ini mahupun di luar...rata2 bersependapat dan bersetuju kalau kita dapat ujudkan satu kesatuan pengguna internet...
namun apa yang membuat kan aku poning..( nasib baik tak muntah2..atau loya...kalau ada macam tu kompom aku mengandung huhuhuhhu....) kebanyakan dari yg bersetuju...setuju melalui mulut jer ahhh...rasa macam nak sekeh2 dia org nie pun ada jugak...ekekek...
bagilah idea2 bagaimana nak merangka PERLEMBAGAAN NYA..atau syarat2 untuk menjadi ahli kesatuan ni..barulah leh di buat perbincangan lanjut atau layutt pasal menda alah nie...ni tak..angguk2..geleng2..tunduk2..ni yg buat aku dah start nak nyanyi lagu nie.....kang kalau aku dah mula nyanyi..tak leh cari makan kang budak2 AF tu....baik jgn bagi aku nyanyi...
1st sekali...untuk melaksanakan agar ujud nya KESATUAN MELAYU/MUSLIM CYBER ni...aku rasa kita perlu clear card kan mengenai beberapa perkara..di antara nya seperti :
1.OBJEKTIF PENUBUHAN
2.PERLEMBAGAAN KESATUAN
3.SYARAT2 MENJADI AHLI KESATUAN
4.MISI KESATUAN
5.HIRAKI ORGANISASI
tu diantara beberapa perkara yang aku rasa perlu di ambil perhatian di dalam perbincangan mengenai idea untuk menubuhkan persatuan ni...( persatuan maya ).
KESATUAN MELAYU/ MUSLIM CYBER -ni merupakan cadangan aku untuk menamakan persatuan nie...oleh kerana masih belum ada satu nama yang sesuai untuk kita pilih...so aku cadangkan agar kita namakan dulu dengan nama KMC ni.
bagi mereka yang ingin memberi sebarang idea dan ada masa terluang untuk sama melahirkan persatuan nie...
korang leh e mel aku..apa saja pandangan dan pendapat mengenai hal ini di charkueteow @ yahoo.com
psstttt...kalau segan nak buat ulusan dlm nie ahh....kalau tak kat blog nie pun leh korang bagi idea....kalau ada e mel2 yg menarik pun leh emel kan jugak...huhuhuhuhuhuhuhu...ekekeke...
Dicatat oleh Geng Jahat di 9:45 PG
apakah AKAN jadi kenyataan...???
6 ulasandah lama dah aku ingin meluahkan idea aku nie...
mebi sesetengah org akan katakan....amendaa ahhh mamat nie...takder objektif...idea yang tak munasabah..mebi yang lain plak akan katakan....sengal nya org....
tapi tak per lah...tu org kata...
tapi apa yang aku nak bagi tahu nie..adalah idea yang dah lama aku mimpikan dan aku rasa ini bukan satu idea bodoh atau apa sahaja...mebi juga idea nie dah terlaksana cuma aku selama ini tak tahu ujud nya idea tu...dah ada pun apa yg aku ingin sgt nak buat nie di alam maya ini...cuma aku jer tak ikuti perkembangan nya....
apa yang aku teringin sgt dan tgh berusaha untuk ujudkan nya ialah
aku ingin mengujudkan satu persatuan pengguna internet muslim
persatuan yang akan mengumpulkan kesemua pegguna internet muslim terutama nya pengguna internet muslim malaysia...
skrg nie..kalau kita lihat...perkembangan internet semakin luas...penggunaan nya semakin ramai...selama ini..pengguna internet atau bahasa kampung pelayar internet bergerak secara individu di dalam alam cyber ini...masa semakin berubah...teknology semakin berkembang..internet menjadi satu alternatif di dalam komunikasi bahkan menjadi satu saluran maklumat yang paling pantas dan murah....
pengguna internet bergerak secara individu....mmmm kalau ikut logik nya..mmg lah tu kenyataan nya...semua yg ada di tenet bergerak individu....
pengguna internet terdiri dari beberapa kategori....
ada yang menggunakan nya sekali sekala
ada yang menggunakan sekali seumo hidup.....
ada yang menggunakan nya setiap hari....
di dalam internet terdapat beratus2 jenis web...dari blog..forum..chat..info..biznis...pelbagai tujuan ahh web di ujudkan..dan ia mempunyai penggemar2 tersendiri.
tak terkecuali juga...di dalam menggunakan internet untuk mencari info atau apa sahaja...kita terdedah dengan perkara2 yang negatif atau yg boleh membuat kita berubah kelakuan jika di layari secara tetap terhadap web2 yang negatif atau web2 yg memberi info yang keliru...
CYBER COMUNITY
komuniti maya....secara tak langsung..atau sedar tak sedar...bila berada di dalam alam cyber ini..sebenar nya kita berada di dalam satu masyarakat maya yang amat luas..kita tidak bersendirian...kita boleh di hubungi dengan pelbagai mereka yang sedang menggunakan internet...
pada aku....
kita perlu ujudkan satu ..persatuan pengguna internet muslim
dimana persatuan ini terbuka kepada semua pengguna internet di mana sahaja..tetapi aku lebih utamakan buat masa ini pengguna internet muslim di malaysia.
kenapa perlu ada nya persatuan ini.../ objektif persatuan ini:
di antara objektif persatuan ini....yang sempat aku terfikir dan juga idea dari rakan cyber dari forum jomlayan...
1.menjadi satu platform di dalam mengikat ukhwah sesama muslim di alam cyber.
2.menjadi satu platform bertukar2 tukar pendapat di dalam sesuatu perkara.
3.meningkatkan lagi kualiti pemikiran yang kreatif dan kolektif didalam membincangkan sesuatu perkara itu.
4.menggalakan penyertaan pengguna internet agar melayari web yang lebih berilmu dan mendapatkan pandangan terhadap sesuatu kemusykilan atau apa sahaja terhadap sumber2 yang di perolehi melalui internet.
5.menjadi wadah atau suara umat islam di dalam menegakkan kebenaran atau memacu suara umat islam di alam maya ini.
6.mewakili pengguna internet muslim di dalam melahirkan sebarang idea atau apa sahaja pandangan bagi memantapkan lagi ukhwah..perniagaan maya..toleransi masyarakat..atau apa sahaja yang mendatangkan kebaikan pada umat islam khususnya dan masyarakat sekitar am nya.
ini hanyalah baru idea kasar....
banyak lagi yang aku perlu perhalusi...untuk menjadi kan ini satu kenyataan aku memerlukan sokongan dari semua sahabat maya....di dalam melaksanakan idea ini...
pada sesiapa yang berminat bersama2 di dalam melaksanakan projek ini dan ingin bersatu di bawah satu payung....aku berharap...dapat memberikan ulasan dan idea2 mebi yang lebih bagus lagi untuk kita sama2 jadikan ia nya satu reality...
Dicatat oleh Geng Jahat di 9:08 PTG
vrommmmmmmmmmmmmm
4 ulasanjappp alonggg.....ada aweks nie...jom kita hon dia..ekekekek....
Dicatat oleh Geng Jahat di 6:13 PTG
3RD AUGUST.................
0 ulasansalam
3rd august....hepi besday to me..ekekek...dah semakin tua ekk...
apa2 pun thanks dan bersyukur kerana masih lagi di beri kesempatan oleh ALLAH untuk menikmati hidup ini...
pada rakan2 semua...terima kasih banyak2 kerana mendoakan aku..di murah kan rezeki dan panjang umo...
korang semua mmg sentiasa aku ingati..dan merupakan rakan tenet yang sentiasa aku sanjungi dan hargai...
rasa nya berbaloi ahh...kenal dengan u all semua..sempena besday aku nie...cuma satu yang aku harapkan dan menjadi impian aku selama ini....
aku berharap sangat komuniti yang kita bentuk selama ini..akan kekal...akan merapatkan persahabatan antara kita semua..dan akan menjadi satu komuniti yang besar satu hari nanti...satu komuniti di mana kita semua dapat menjalinkan persahabatan yg ikhlas dan dapat membantu antara satu sama lain....bukan sekadar hanya bertenet sahaja...tapi lebih jauh dari tu...itu yang aku sentiasa harapkan...mebi one day nanti bila aku dah tiada...ada org yang akan sambung semua usaha ini...harap2 begitulah...
anyway...nak citer sikit nie...
ahad lepas merupakan hari perkahwinan sepupu aku nya anak..so yg kawen tu kira pangkat anak sedara ahh..duduk pun blkg umah aku jer..ekeke..happening btl majlis dia....ramai manusia yg datang..malam ahad tu jer..di anggarkan lebih dari 2 ribu yg dtg...apa tak nya..segala ceruk branch PEKIDA sampai..yg dari kedah lah..dari melaka lah..dari johot lah..dari Kl lah...ramaiii tol....malam tu jer...6 ekor kambing licin di belasah...2 ekor buat BBQ..yg lain masak kuah....daging lembu lagi....adehh...macam jin dia org nie..habis semua..ekekek
dlm kemeriahan tu...dlm keasyikan layan live band mlm tu....hampir kol 12 aku balik umah jap...dgn kakak2 aku..anak2 sedara yg lain..wife..anak2 aku...ecehhhwahhh....dia org selebet besday aku...just nyanyi lagu besday...makan sikit2...tak sambut pung...ekceli balik sebab nak tido kan twins...lagi pun penat sgt dahh malam tu....aku dapat kol..yg membawa berita...opis mate aku nya hasben meninggal dunia..sakit jantung..1st attack..umo baru 32 tahun...terkejut deennnn....adehhh
ajal dia dah sampai...mmmm...tu semua buat aku termenung..memikirkan...bahwa ni merupakan satu peringatan bagi aku dari ALLAH....supaya sentiasa mengingati NYA..dan bersyukur atas segala yang aku ada dan nafas yg di pinjam dari NYA...AL FATIHAH buat arwah....( arwah nie aku kenal jugak..)
k ahh...
ni ada beberapa keping gambo...majlis tersebut...
Dicatat oleh Geng Jahat di 5:28 PTG
HIDUNG MU ..HIDUNG KU.....
3 ulasanKETAHUILAH SAHABAT2KU...SYAITAN DAN HIDUNG
Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: “Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim)”
Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang.Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan.
Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur. Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya. Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung, tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.
Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalanyang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.
Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita,macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa)Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.
Cara nak membersihkannya Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil,bersihkanlah perlahan-lahan. Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal, boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macamserombong kapal daa.
Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat, nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah, setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.
Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing).
Akhir kata........
"Walaupun dirimu tidak kukenal,tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku"
Dicatat oleh Geng Jahat di 10:18 PG
1st time aku di TAG.....ekekek
5 ulasanhuhuhuhu
sekali aku kena tag dgn liza daaaaaaaaaaaaaa....
1. nama-nama timangan oleh orang tersayang.
**family panggil...aza..kengkawan pun panggil aza...mbr tenet panggil GJ...**
2. anda seorang yang
**cumei...hahahahahhahahaha...adehhhhhh apa nak tulis bab nie ek..
GJ sorang yang cepat berkawan...suka bergurau..cepat ketawa/tersengih...cepat jugak panas baran..tapi cepat jugak kool...
3. insan teristimewa. describe apa yg membuatkan die terlalu istimewa di mata anda
**keluarga...anak/wife...tak terdescribe...semua nya istimewa di mata gj..sebab mereka lah hidup GJ..
bab nie kdg2 kita macam lidah....sekali sekala tergigit biarpun ia sentiasa ada dgn kita...namun...semua nya adalah kenangan dan pengajaran buat gj agar sehari ker sehari akan lebih indah dlm hidup bersama.
**kawan2 tenet....ini satu lagi yang gj sayang...semua kawan2 tenet...sebab tanpa di sedari..sehari demi sehari...hubungan kita semua semakin akrab sebagai satu kawan di dalam komuniti yang kita hasilkan..
4. makanan favourite anda
**kompom..mee goreng tanpa taugeh...huhuhu...nasi goreng...kuah asam pedas....
( gj tak makan taugeh....)
5. favourite kaler
**biruuuuuuu
6. favourite song
**sedap dek tinger...tu lah yg gj suka
7. sikap yg membuatkan anda stress
**manusia yang lembab....yang cepat mengalah..yang blur memanjanggg...
8. benda yg mesti ada dalam handbag
adehhhhhhhhhh gj tak pakai handbag......
9. kali terakhir anda menangis beriya-iya..kenapa
**masa mak meninggal.....kenapa..?? mesti ah nangis..tak kan nak gelak plak...ekekekkekekek
10. Tag 5 rakan anda
**semua yg baca blog nie..gj tag kan.....ekekkek
ok ker macam nie liza weiiii.....
bagi lah tag yang mengancammmm sikittttttttttttttt.....yg leh buat gj meroyan kaw2
hahahah
anyway...thanks liza...
Dicatat oleh Geng Jahat di 9:58 PG
TIKEt pERCUma ker OLIMPIK beiJInG
3 ulasankalau tererrr jawap lahhh............
HUHUHUHUHUHUHUHUHUHUHUHUHUHUHUHU
aku tgk semua mata macam ngantuk jerrrrrrrr...hahahahahahah
Dicatat oleh Geng Jahat di 5:09 PTG
KaNun NEgara isketaM BOLA
0 ulasanDicatat oleh Geng Jahat di 2:50 PTG
LuaR RAhim...?????????
8 ulasansi gadez dah marah2 tu...dia kata cepat lah habiskan citer nie...ekekek
so....kita sambung lagi ekkk....
Luar rahim..??? wahhhhhh naik pitam aku dengar kan bila doktor klinik kata macam tu....wife aku dah nangis dah time tu....aku cakap..ilekss..doktor just agak2 jer...bukan dah kompom kan....
so aku ambik keputusan..aku buat pemeriksaan lanjut di LPPKN kuala lumpur...sebab nya date untuk berjumpa doktor ghaffar dah tak jauh...so sampai masa untuk berjumpa doktor ghaffar..aku pun pi ker LPKKN..kali nie tak naik komuter...aku bawak keta...yerlahh bini tgh duduk perut huhuhuhuhuhu.....time tu aku tak ingat dah berapa bulan....
sampai di LPPKN....kami pun berjumpalah dengan doktor ghaffar....wife aku yg masuk..aku kena duduk luar...
sekali lagi aku saspen...punya lah lama dia dlm bilik doktor...adehhh kompom ker wife aku ngandung luar rahim nie....kalau kompom...aku terpaksa redha jer lah....terkial kial aku kat luar buat andain sendiri....tiba2 pintu bilik di buka...nurse suruh aku masuk ...
aku pun masuk ahh..terus ker bilik pemeriksaan...aku tgk wife aku still lagi atas katil...doktor ghaffar dan sorang lagi nurse ada sebelah dia....doktor panggil aku dekat dengan dia...kat situ ada satu tv kecik...
so dia kata dia tgh scan baby dlm perut wife aku....dia kata..semua nya ok...takder masaalah ...wife aku tak ngandung luar rahim....perghhhhhhhhhhhhhh lega gila bila dengar dia kata macam tu....
the best part masa scan tu....ekekek
dia tunjuk kan aku..degup jantung baby...
k..nie yang u tgk blink2 tu..tu jantung baby..jantung nya berdegup sihat......so yang nie yang lagi satu..dia pun sihat juagk...." masa tu....aku diam jer...tgk apa yg dia tunjukan....aku tak faham dan tak nampak pun ada ghupa bentuk baby ekkekek.."
doktor ghaffar tanya aku lagi.....tahniah naza u dapat bonus...
aku diam lagi....
dia tgk jer muka aku....doktor tu tanya aku ...U TAK HEPI KER...?
napa doktor...aku jwp
U DAPAT ANAK TWINS...
APAAAAAAAAAAAA..............WAHHHHHHHHHHH....aku tak sedar aku jerit sikit nya kuat...ekekek
terkejut doktor dgn nurse time tu...ekekekek
DOKTOR...CUBA LAH U SCAN2 LAGI...CARI LAGI..MANA TAHU ADA YG NO 3 PLAK...aku arah kan doktor sambil ketawa tak henti2...sebab hepi sangat.....
WAHH U NIE...U YG MENGANDUNG KER WIFE U NIE...hehehe...cukuplah nie..ada 2 dah...doktor ghaffar senyum jer tgk aku....ekekek
setelah berakhir semua pemeriksaan wife aku....
doktor tu tanya kita org..sama ada wife aku nak bersalin di klinik perbidanan swasta atau hospital kerajaan...
aku bercadang biarlah wife aku bersalin di hospital swasta...tapi atas nasihat doktor ghaffar...dia kata..dia lebih suka kalau wife aku bersalin di hospital kjaan..sebab facility semua lengkap...lagi pun nie kali pertama wife aku ngandung dan anak kembar plak tu..wife aku pun bukan nya jenis besar..so dia kata if anything happen..hospital semua nya ada....SO DIA AKAN REKEMEN KAN DOKTOR NANTI..sebab di hospital besar klang..dia ada mbr...
kita org pun bersetuju ..yg wife aku akan lahirkan baby dan buat pemeriksaan susulan di hospital klang setelah doktor ghaffar buat satu surat untuk di berikan kepada mbr doktor nya di klang..
sebulan selepas aku jumpa doktor ghaffar tu....
aku dan wife sekali lagi..dtg ker LPPKN untuk kali terakhir wife aku di periksa oleh dktor ghaffar...
kali nie..aku dtg dengan berdozen2 bunga....
aku bagi sejambak bunga pada semua nurse lppkn...satu floor tu aku hadiah kan bunga...ekekek
untuk doktor ghaffar..special sikit...wife aku gubahkan satu bakul bunga...untuk di letakan di bilik nya...
akhir sekali.....
aku ucapkan ribuan terima kasih pada semua nurse dan doktor di lppkn shah alam dan lppkn ibu pejabat
atas segala jasa dan layanan yang amat memuaskan...andai kata aku masih tak dapat baby di lppkn nie...aku still puji khidmat yg mereka berikan..sungguh pro bagi aku dan amat berhemah ketika melayan kerenah setiap yg datang.
pada rakan2 dan sesiapa yg ada membaca blog ini...dan mempunyai masaalah yang sama dgn aku dulu
berkahwin dah lama tapi belum dapat zuriat...
nasihat aku :
sabar dan banyak kan berdoa..usahalah ker mana sahaja ...tapi jangan sesekali pandai2 pi urut lah apa lah...secera tradisonal...kalau nak buat jugak urutan...pi chek secara klinikal terlebih dahulu...pastikan apa problem yg ada terlebih dahulu..
suami hendak lah buang ego mereka.....suami isteri jangan sesekai salah menyalahi sesama sendiri...terima masaalah yg ada dengan hati terbuka....selesaikan secara baik ...berbincang .
satu lagi...jangan terlalu mengharap ...atau terlampau mengaharap yg kita akan dapat baby lepas buat treatment tu...sebabnya hanya beberpa peratus sahaja yg berjaya....kita kan terus keciwa jika kita gagal...sebeb itu jgn TERLALU BERHARAP...
apa yang pasti...kita pernah berusaha dalam hidup kita..untuk dapat kan baby...tu yang penting..selain nya serahkan pada ALLAH
muahsssss kat u all
no phone LPPKN =26937555 ext 3611/3610
*****nak dengar tak...macamana aku handle wife aku sendirian ketika dia dlm pantang....ekeke..
aku dan wife mana ada parents..so sendiri lah andle...ekekeke....******
Dicatat oleh Geng Jahat di 2:51 PTG
Diseño e iconos por N.Design Studio | A Blogger por Blog and Web