~AR RAYYAN ~

0 ulasan

cerita ini untuk mengingati diri aku sendiri..untuk menasihati diri aku sendiri....dan mungkin kawan2 dapat juga sedikit ilmu dari cerita aku ini.



Aku ingin berkongsi cerita mengenai nasib yang menimpa seorg remaja lelaki...cerita ini aku dapati dari menonton rancangan astro oasis iaitu rancangan AR RAYYAN yang di host kan oleh ustazah dr fatma az zahra.

di dalam rancangan beliau malam semalam..beliau menjemput seorg tetamu undangan untuk berbual bersama beliau...tetamu tersebut adalah seorg lelaki yg berumur dlm lingkungan awal 20an ( aku lupa nama nya)..apa yang menarik sangat tentang tetamu ini adalah...sifat takwa dan redha nya..sifat ini telah menarik minat ustazah..telah lama ustazah memerhatikan bahawa pemuda ini sering mengikuti ceramah atau kelas ilmu ustazah ...dan satu hari ustazah telah menghampiri dan berkenalan dengan pemuda tersebut...
ustazah tersebut amat terkejut..kagum serta menghormati pemuda tersebut setelah mendengar kisah derita yg di tanggung oleh pemuda tersebut.

kisah pemuda tersebut:

di awal umur nya semuda 14 tahun beliau sering mengalami sakit kepala yg teramat sangat...dan beliau telah berjumpa doktor...ketika itu doktor tersebut mengatakan beliau menghidapai migrain...kesakitan tersebut berlarutan sehingga beliau memasuki universiti mengambil diploma...ketika di universiti beliau telah pengsan dan di bawa ker hospital...ketika itu lah beliau dapat tahu yg beliau menghidapi BARAH OTAK. setelah di sahkan akan penyakit yg di hadapi..beberapa hari beliau begitu marah..memaki hamun..melempar apa sahaja yg ada di depan beliau...beliau tidak redha akan penyakit yg beliau hadapi itu...sehinggakan satu hari emak beliau telah membacakan surah AR RAHMAN kepada beliau...di mana salah satu ayat tersebut membawa maksud ...apakah engkau tidak nikmat lagi atas pemberian ALLAH kepada mu ( lebih kurang macam tu lah ayat tersebut...aku tak ingat...sgt maksud nya ) di dalam surah tersebut sebanyak 21 kali di tekan kan tentang potongan ayat nikmat tersebut.

setelah mendengar ayat tersebut..pemuda tersebut telah mula berfikir secara rasional...lama kelamaan beliau mula redha atas penyakit yg di hadapi nya....beliau telah mengatakan bahawa ALHAMDULILLAH dan BERSYUKUR ATAS SAKIT YG DI BERIKAN KEPADA BELIAU kerana beliau merasakan bahwa IA MENJADI SATU KELEBIHAN PADA DIRI BELIAU KERANA ALLAH TELAH MEMBERIKAN SATU PENGGALAMAN YG AMAT BERGUNA PADA BELIAU DENGAN MEMBERIKAN SAKIT TERSEBUT...DAN IA MERASAKAN SATU KEISTIMEWAAN KEPADA BELIAU kerana bukan ramai org boleh merasai penggalaman seperti yg beliau hadapi ini....

ALLAH terus menguji beliau...selang beberapa tahun..ALLAH mengambil penglihatan beliau pula..kedua2 mata beliau sudah tidak boleh melihat lagi...beliau menjadi buta...sekali lagi dengan senyum dan redha...beliau mengucapkan TERIMA KASIH ..ALHAMDULILLAH ATAS pemberian ALLAH ini...beliau redha dan bersyukur kerana ALLAH mengambil penglihatan beliau...beliau tidak kecewa..dan menganggap nya..satu UJIAN yg di turunkan oleh ALLAH kepada hamba yg di sayangi nya ini.


4 bulan lepas sekali lagi..ALLAH menguji nya..kali ini..beliau di serang strok..sebahagian badan di sebelah kiri nya...menjadi lumpuh..sekali lagi dengan perasaan senyum dan takwa..belia redha setiap apa yang di uji terhadap diri nya...

semalam semasa ustazah tu mendengar cerita pemuda ini..mengalir air mata ustazah tersebut...aku yg menonto nya turut berasa kagum dan hiba serta menyesali ...kerana kita sering mengeluh terhadap ujian2 yg tak sebesar mana pun di uji kepada kita..

tetapi pemuda ini..mendapat pelbagai ujian yg ...kalau calang2 org aku rasa...boleh menjadi gila atau give up dengan hidup ini...tetapi pemuda ini terus hidup seperti remaja lain..sehingga berjaya menghabiskan study master beliau...

ustazah az zahra berasa kagum teramat sgt dgn pemuda yg sering hadir dalam kelas ilmu ustazah ini.

SEDERHANA

0 ulasan

salam cyber sekali lagi

hmmm teman terunggul...sedap jugak lagu baru anuar zin nie...
boleh ker kita jadi teman terunggul pada teman -teman kita semua...?atau kita menjadi teman waktu dia senang sahaja..bila dia susah kita chow..cabut lari...kalau tu lah sifat kita...kita bukan lah teman terunggul tapi TEMAN TUNGGUL...

sebagai teman..kita perlu nasihat menasihati...kita perlu menyelami jiwa teman kita..
ada pepatah berkata..
kalau kita nak cari kawan baik..kita sendiri perlu baik pada kawan.

sebagai teman....
aku berasa terpanggil untuk mendoakan teman aku seorg nie..agar ia sentiasa berada di dalam keadaan yang lebih sihat dan tabah di dalam menghadapi apa yang sedang di hadapi nya sekarang.Sebagai teman jugak..kita tidak boleh memaksa atau mengarahkan teman kita agar ikut apa yg kita suruh atau nasihati..semua nya terpulang pada teman itu sendiri..kerana beliau lebih memahami apa yang beliau sedang alami sekarang...cuma izinkan setiap teman beliau memberi kata2 semangat dan pandangan agar setiap nasihat dan pandangan itu dapat menjadi kekuatan pada diri.

mmg sukar untuk di fahami apa yang sedang berlaku sekarang....namun selepas cuba mendalami apa yang tersurat dari tersirat...sungguh terkejut dan agak sedih..kerana ia nya berlaku pada seorg teman yang sungguh baik hati dan jiwa nya yang penuh dengan kasih sayang. semua ini ketentuan ILAHI...tapi di harap kan janganlah berserah sahaja sepenuh nya atas apa yang telah di tentukan ini. Satu titik perubahan perlu di cari..biarpun selama ini memang telah di cari dan telah di kaji..namun jika ia masih tidak berhasil ..ini bermakna langkah baru harus di ambil...BERDOA LAH PADA YANG MENJADIKAN KITA..kerana setiap apa yg di jadikan itu ada hikmah nya..ada kebaikan nya. jangan mengalah atas ujian yg maha hebat yang telah di turunkan ini...
setiap kekurangan itu pasti ada kelebihan nya..

Penderitaan yang sedang di alami ini merupakan satu ujian yang tak semua org boleh menanggung nya...dan teman kita telah terpilih di dalam menanggung ujian ini.Sebagai teman..apa yang mampu kita lakukan hanyalah menolong dari segi luaran nya sahaja...kita cuba buat yang terbaik untuk teman yang terbaik ini.

segala apa yang kita buat di dunia ini semuanya hendaklah di dalam keadaan pertengahan...bermaksud jangan membuat sesuatu itu secara amat melampau atau terlalu melampau..kerana islam sendiri menyuruh umat nya sentiasa bersederhana. Segala yang terlalu melampau akan merosakan akhir nya. Begitu juga dengan perjalanan hidup kita di dunia ini...di dalam mencari harta..mencari kasih sayang..atau apa sahaja..amalkan lah sikap sederhana. Sikap sederhana akan meletakan kita di suatu titik pertengahan di dalam apa jua pun...di mana jika sesuatu berlaku pada kita...kita masih lagi boleh berfikir dan bangun untuk kembali kuat. Jika kita terlalu melampau atau taksub di dalam apa jua pun..kita akan hilang pertimbangan terhadap perkara2 yang lain di sekeliling kita...kita akan terlebih fokus terhadapa apa yang kita hajati....sikap ini amat merugikan kita sebenar nya.

hidup ini sungguh indah kalau kita tahu bagaimana untuk mengindahkan nya...jangan fokuskan hidup kita pada satu perjalanan sahaja. Sudah nama nya hidup..pasti sepanjang perjalanan hidup kita...kita akan menerima pelbagai rintangan dan cobaan...jika kita tidak memandang hidup kita sebagai satu perjalanan yang panjang..pasti kita akan merasa keciwa jika apa yang kita hajati tidak dapat kita temui...mungkin kita tidak dapat hari ini atas apa yg kita hajati...mungkin sehingga mati pun kita masih tidak dapat apa yang kita kehendaki...itu semua ada hikmah nya...ALLAH lebih mengetahui dari kita...ALLAH tahu yang mana baik dan yang mana tidak untuk kita.

REDHA pada setiap apa yang berlaku pada kita..itu lah kunci kehidupan kita...
kita perlu redha dengan setiap apa musibah yang kita hadapi..sambil itu kitaterus memperbaiki setiap kelemahan kita.

pada teman yang sedang mengalami satu dugaan ALLAH yang maha hebat ini...
aku berharap...ambil ini sebagai satu cabaran ALLAH pada insan yg di sayangi nya...jangan mengalah atas apa yang di uji..kuatkan hati..perbanyakan kan berdoa...tahu tak...sebenar nya teman adalah org yang terpilih dan beruntung kerana mungkin di alam realiti ini..teman merasakan apa yang berlaku pada diri teman adalah merupakan satu kekurangan jika di bandingkan dengan org lain..pada hal...ALLAH membuka pintu nya buat teman..kerana di sebakan derita teman tu lah..teman akan sentiasa mengingati nya dan mendampingi nya dengan lebih akrab jika di bandingkan dengan insan lain yg lebih sihat yang semakin melupakan nya. ALAM YANG KEKAL adalah merupakan alam yg kita semua akan hadapi nanti..dan teman telah mengakrab kan diri untuk alam itu...

ada sebuah kisah benar yang ingin aku kongsi kan di sini.

dahulu aku mempunyai seorg teman yang mempunyaiu penyakit AIDS...
penyakit ini di dapati bukan dari hubungan sex liar atau salah laku sex...teman aku ini merupakan seorg penagih tegar dulu..ia dapat penyakit ini dari perbuatan menghisap dadah.

sebagai antara teman yang rapat dengan beliau...aku sentiasa berada dengan nya...
hati aku semakin pilu..bila doktor mengesahkan nya menghidapi AIDS...
setelah ia tahu yang nyawa nya tidak lama dah....
satu perubahan yang amat ketara terhadap beliau ialah...
beliau menjadi pendiam..bercakap sorang....
ini semua berlaku di sebabkan ..akal nya tidak dapat menerima yang beliau akan menemui ALLAH tidak lama lagi...sebab nya penyakit beliau agak kronik.

nasihat yang sama juga aku berikan pada nya:

kau beruntung....kau ada masa untuk membuat amal ibadat...kau ada masa untuk bertaubat pada ALLAH...
kau ada masa untuk mengenang setiap apa yg telah kau lakukan dulu...penyakit yg ALLAH bagi pada kau sekarang nie...adalah satu hikmah yang besar..yg bukan semua org boleh dapat..ALLAH tidak mengambil nyawa kau ketika kau tgh khayal dengan dadah dulu....kenapa? sebab ALLAH sayang pada kau...ALLAH hendak kau bertaubat..mengingati nya...apa yang terjadi pasti akan terjadi....
kau bertaubat lah..dekat kan diri pada nya..

kau bukan macam aku...aku tak tahu..bila nyawa aku akan di ambil....kau beruntung. ada masa untuk bertaubat..walaupun maut di tangan nya..kita tidak tahu bila kita akan mati..tapi kau...di uji dengan penyakit ini..adalah bertujuan memberi kau masa untuk dampinginya.

sahabat aku itu meninggal dunia....di hospital...
aku yang pergi hantar dia..ketika dia sedang sakit tenat pada petang khamis ...dan ia meninggal pada pagi jumaat keesokan hari nya. dan aku juga lah yg menolong bilal memandikan jenazah nya..dan aku juga yg meminta izin keluarga nya agar jenazah nya tidak di bawa ke rumah ...di bawah terus ke kubur setelah di solatkan di mesjid...
agar jenazah tidak di malukan ..atau di jadikan bahan umpatan masyarakat.

al fatihan buat muzzamil

* apa yg hendak aku katakan di sini ialah...hidup kita penuh dengan rintangan....jangan sesekali terlalu keciwa dengan setiap dugaan yg di beri...PASTIKAN KESEDERHANAAN SENTIASA MENJADI AMALAN KITA...JANGAN TERLALU MELAMPAU DLM SETIAP TINDAKAN ...kerana perkara itu di larang oleh ALLAH.


untuk teman kita:
semoga tabah dan bersemangat dlm setiap dugaan yang sedang di alami...insyaALLAH kita sama2 cuba membantu antara satu sama lain....
hidup mesti di teruskan.

JOMLAYAN ADA PROBLEM

1 ulasan

salam semua

adehhh...jomlayan tengah ada problem sekarang nie...mengikut dari hosting provider problem datang nya dari

Salam,New post tidak update kerana semalam masa server ialah 24 jam lebih cepat. Maka "latest" post ialah sehari lebih awal.http://www.jomlayan.com/mybb/layan-aduan-cadangan-f-13.html
En. Naza boleh lihat thread WHO ONLINE berada di atas thread saya, walhal saya baru sahaja post.
Server sudah dibaiki, kita kena tunggu masa sahaja.Terima kasih

itu reply yg di beri dari aduan yang aku buat tadi. so kita kena tggu masa sahaja.

MASA...? adeh bila plak masa nya...berapa lama aku nak tggu///ekceli aku pun tak faham sgt dengan apa yg dia maksud kan kat atas tu..hehehe...but aku still tgh on line dgn dia...dan berharapkan kesulitan ini akan di atasi dengan segera.

macam2 hal lah yang terjadi dalam hidup aku sejak 2 /3 hari lepas....
semua nya membuat aku agak sedih...agak? bukan agak lagi dah..mmg sedih...tapi aku berusaha jugak untuk hiburkan semua forumer jomlayan..memberi service yang terbaik untuk semua sahabat maya aku nie...
bak kata che gu rheana...biarku menjadi lilin...tapi che gu dah jadi lilin...so aku ambik part jadi asap nya jer lah...lilin mengeluarkan asap? ok lah tu....
so asap pun terbang ke udara...hilang bila dah tak di kehendaki...huhuhuh...falsampah betulllll...hahaha
kenapa aku pilih jadi asap..? sebab asap tu hitam kot...kalau pilih jadi lilin rasa tak sesuai plak..lilin kan putih..
putih suci...so tak sesuai dengan aku ...sebab aku nie kan jaattt...kalau jahat kena lah warna itam...then putih keluarkan warna itam...hmmmmmmm......
jahat ker aku nie..????
mmg jahat kot....
apa apa pun...aku harap forum jomlayan akan segera dapat di pulihkan seperti sediakala...agar semua sahabat forum dapat berbual seperti biasa..dapat mengusik..bergurau senda di dalam forum...aku seronok bila melihat rakan2 forum mengusik antara satu sama lain....hari nie aku agak terkejut..bila melihat guest forum ada seramai 129 org...wahhh terlebih suda...( kata stacy af ).

tapi semangat aku..??? boleh ker pulih seperti sedia kala...? atau lebih jadi serigala..ekekek...ntahlahhh....aku tak tahu nak luah kan apa yg sebenar nya aku rasakan dalam diri aku nie....semua rasa macam tak kena...kenapa aku leh jadi macam nie...?rasa nak hantukkkkk jer pala aku kat key bod nie....kalau tak cukup...lehhantuk kan kat monitor plak....kasi bersepai semua otak..then....buat post mortem..macam citer CSI....ekeke...

hidup nie mmg tak di duga..kitatak leh nak tahu apa akan terjadi sesaat selepas nie...macam tu juga dengan JL nie....apa akan jadi dengan JL untuk hari esok..dan hari2 seterus nya....masa akan ujud ker lagi JL untuk masa akan datang..? IsyaALLAH..jika di izinkan ALLAH..JL pasti akan terus ujud di alam maya ini serta sokongan yang di beri ke atas Jl selama ini akan terus meningkat dari setahun ke setahun...bulan jun ini..usia JL akan genap
3 tahun....HEPI BESDAY JL...

JL banyak mengajar aku tentang hidup ini..JL juga banyak memberi aku kenangan yg tak boleh aku lupakan...
kenangan bersama semua sahabat forum mmg tak akan dapat aku lupakan....KENANGAN YG TERINDAH...aku salute semua rakan forum..kerana sokongan dan cadangan yang sentiasa di berikan kepada JL membuat kan aku lebih tabah dari sehari ke sehari...
namun aku nie tetap seorg manusia...banyak kelemahan yg ujud dalam diri aku nie....aku akui itu...aku tak dapat nak memberikan sesuatu yang agak luar biasa di dalam forum ini..saban hari aku fikirkan ..apa yg perlu lagi di suntik untuk menaikan JL nie.....?

sebagai manusia...naluri aku macam naluri manusia yang lain....kdg kala aku ada perasaan marah..sedih..gembira..namun aku tetap cuba menyatukan perasaan aku menjadi satu "HEPI"...aku cuba berikan yg terbaik untuk tujuan itu.

tajuk post nie..JOMLAYAN ADA PROBLEM...but ...bila baca sekali lagi apa yg aku tulis ni...aku rasa aku lebih ada problem dari jomlayan...hahahahah...adehhhh

watever ponggggg.....hmmmm....take care n still got the blues.....< apa yang kau merepek ni labu.....

lirik lagu nie lupa letak IDUNG

1 ulasan



[Mata Hati Jiwa - Awie]


Maafkan aku mengganggumu

Cuma ku ingin kau tahu

Ruangan dihatiku hanyalah untukmu

Hari hari ku yang berlaluRiang ceria kernamu

Mana adanya aku pasti ada kamu
Andainya engkau tahu perasan hatiku

Pastinya kau kan tersenyum diwaktu manis harimu

Biarkan biarlah tau teguh auranya (cintaku) (teguh) kerana kamu

Kau sentiasa berada di mataku, hati dan jiwa
Maafkan aku mengganggumu

Dilewat malam malam mu
Inginku temanimu sebelum lenamu
Izinkan aku dekatimu

Inginku tawan cintamu

Agar dapat ku jadi dewata hatimu


///////////////////////////////////////////////////////////////////..

~ORIX~

0 ulasan


hmmmmmmm.....

kacau...jiwa kacau.....ekekeke
dah lama tak tulis style merapu nie...ari ni rasa macam nak menulis style nie plak...

bapak jangan lupa pakai baju karang...kan jadi arang plak...aku gelak dengar dailog nie dalam citer DUYUNG....
ampeh nya anak...cakap macam tu...terasa macam perli aku jer..ekeke

macamana pun citer DUYUNG tu..jalan citer nya simple tak pening pala..ok lah untuk suka2 tengok...
maya karin aka puteri dalam citer tu...mmg tak dapat di nafikan kecomelan nya.....tapi si aspalela tu..pun comel jugak...paling comel dlm citer tu si orix lah...ekekek...macamana lah si yassin tu leh jadi monyet dlm citer nie..adehhh...

si awie pun....sebijik macam lanun...muka ganazzz....

aku suka babak si puteri dgn jimmy masa dekat rumah puteri tu...

puteri cantik sikit...
tapi aspalela cantik banyak...

hehehe...ampeh nya jimmy cakap macam tu kat puteri bila puteri tanya....apa pandangan jimmy terhadap puteri....

compare kan citer nie dengan citer cuci -cuci...citer hans issac...aku rasa kedua2 citer nie...ok ..boleh ahh untuk di layan....simple story...tak penin pala...

kalau di lihat kedua2 citer nie ekceli..mempunyai mesej kemasyarakatan....cuma penonton kena lebih jauh menilai nya ketika menonton pilem ni...walaupun ia lawak simple..mesej yg di beri jelas di dalam kedua2 citer tersebut...

hmmm....sian si puteri...
ia menyimpan perasaan kepada si jimmy...hmmm..tu lah kehidupan kita...
setiap dari kita ada rahsia tersendiri dalam hidup...rahsia yg hanya kita sahaja tahu dan rasa....
apa yang kita hajat di dunia nie tak semestinya kita akan dapat...tapi kita perlu sedar...kita di lahirkan mmg mempunyai pelbagai perasaan...kita tak boleh lari atau sembunyi kan perasaan kita...
naluri yang datang dari jiwa yang ikhlas akan lebih kita kenangi...walaupun kita tidak akan dapat apa yg kita mahukan...tak semestinya kita akan melupakan nya...
memori akan sentiasa terpahat selagi kita hidup...memori juga merupakan teman setia kita ketika kita mengingati sesuatu....

macam tu juga si puteri....sayang nya tetap ada di hati dan ingatan nya terhadap jimmy...biarpun dia tahu..tak mungkin jimmy dapat di milikinya....mereka berada di dalam dunia yang berbeza..
bagi aku...tak salah kalau jimmy juga turut sayang pada puteri....sayang tak semestinya bersama...benarkah..?

puteri tetap di sayangi walaupun ada jarak yg memisah kan nya

~LOVE U~

2 ulasan




terima kasih kerana melimpahkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada suami mu ini.....abg menghargai setiap apa yang di buat untuk abg selama ini...setiap masaalah kita tempuhi dengan hati yang terbuka..kasih sayang kita semai setiap hari...terima kasih yang tidak terhingga kerana melahirkan zuriat kita yang comel2..segala pengorbanan yang di curah kan selama 12 tahun kita bersama ini abg harap ia akan kekal sehingga akhir hayat kita...doa abg untuk isteri yang tersayang ini....abg berdoa kita akan bahagia dan di cucuri rahmat di dalam hubungan suami isteri kita, di samping kita di kurniakan anak yang soleh dan bijak sana serta sihat sentiasa.

Maaf kan abg sekiranya abg ada membuat hati sayang terluka...abang hanya insan biasa yang banyak mempunyai kelemahan nya...

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA YANG KE 12


LOVE U

~landasan~

1 ulasan

Di sebuah stesen keretapi, kelihatan seorang makcik tua berjalan menggunakan tongkat. Lama makcik tu berdiri di tepi landasan tapi tiada seorang pun datang menghulurkan bantuan. hanya setakat memandang aja. Dimanakah rasa kasih dan kasihan? lalu makcik tu pun pergi ke kaunter...

mak cik: anak, keretapi sampai kul berapa?

petugas kaunter : pukul 1.00 dari Kedah, pukul 2.00 dari Gemas, Kelantan pukul 3.00 penang pukul 4.00.

makcik: pukul 5.00?

petugas kaunter : pukul 5.00 dari johor bahru

makcik :Ooooo

petugas kaunter : Makcik nak pergi mana?

makcik ; makcik nak melintas aja.

sowiiiiiiiiiiiiii--------------------------

3 ulasan


HAnTu = 99% =PomPUan

1 ulasan


antuuuuuuuuuuuuuu....tatuttttttttttttttt....
kita dari kecik lagi dah di perkenalkan dengan antu...Antu nie macam ada super power lah plak ek...dia leh terbag2..leh ilang2...macam - macam lagi lah...Antu ada macam2 jenis...ada antu kopek opss....antu puntianak...antu kom-kom...antu lagsuir...antu setokin..antu mati beranak...antupocong...toyol...macam2 jenis antu lagi lah ....

tapi aku bukan sangat nak citer pasal jenis2 antu nie....apa yang aku nak citer adalah pasal persamaan terhadap semua jenis2 hantu nie...

korang pasan tak.....nie kalau budak2 jomlayan terbaca apa yang aku tulis nie...mau dia org sekeh aku nie..hahahah...tapi lah kannnnn....mmg betul apa...apa yang aku nak tulis nie...kalau di fikir fikirkan mmg ada logik nya...cuma org pompuan sure naik antu kalau dia org baca...yuhuuuuuuuu

APA PERSAMAAN TERHADAP SEMUA ANTU2 YG ANDA KAT DUNIA NI..?

satu persamaan yang nyata lagi sahih sesahih bulan terang ialah...
boleh di katakan 99% JENIS2 ANTU YANG ADA KAT DUNIA NI DATANG NYA DARI GENDER POMPUAN...
bila sebut jer hantu...MESTI YG KUAR HANTU POMPUAN....mana kita pernah tengok pilem yang ada hantu nya lelaki..? kalau ada pun ..cuma satu dua jer kisah hantu lelaki....yg lain semua nyaaaaaaaaaa....hantu dia kompom pompuan. hantu lelaki boleh di kira dengan jari....drakula...ahh tu hantu lelaki....TOYOL...toyol tak leh di katakan antu lelaki atau pompuan..sebab tak pernah tgk toyol nya kemaluan..walaupun toyol tu dia bugil..tapi anu dia tak pernah nampak....dia KHUNSA kot...ekekekk..

so kompom lahh yang hantu2 kat dunia nie..mmg datang nya dari org pompuan...huhuhu
napalah org pompuan nie suka jadi hantu ekkk.....dah mati jadi antu...tak mati pun dah prepare jadi antu...apa citer nieee...? tak caya...cuba tgk kat soping kompleks...sapa yang banyak jadi antu...? pompuan kann...ANTU SOPING..hahahahaha....
agak2 nya lah kann....antu2 pompuan nie...napa lah dia jadi antu ekk....?
jiwa kacau betul lahhh.....


adehhh ada kerja lah plakk...nanti sambung balik pasal 99% antu adalah POMPUAN....huhuhuhuh

huhuhuhuhu

0 ulasan


suka sangat denga jessica alba nie...ekekeke
aku tgh gila nak letak gambo.....hahahahahahahah

~CaKe CUP~

4 ulasan





huhuuhu nie first time nie aku cuba letak gambo dlm blog....jadi ker tak...wa tak tahu..

nie gambo cake cup yang dah di packaging kan...ada orang oder untuk majlis kenduri kawen...total oder 2400 biji..dia nak 2 perisa 1) choclate chip dgn strawbery. warna strawbery tu tak merah sangat..kalau ikut oder dia nak merah gilerr...tapi aku kata ..adehh merah sangat nanti org nak makan pun tak lalu...huhuhuh

Alhamdulillah setakat nie biznis wife aku nie semakin maju..banyak juga tempahan untuk kenduri kawen dia dah buat untuk setakat 5 bulan nie.satu peket rega nya RM1.00 siap bungkus. ok ahh tuu...Yang hantar kat kedai pun ada jugak...boleh ahh tuu...biznis suka-suka..dah dia minat bab-bab cake nie..aku sokong jer...ada jugak terpikir nak buat kan kedai untuk dia satu hari nanti...sebab tu dia dah start masuk kelas buat cake ...pi ambik krusus..tengok ahh kalau ada rezeki nanti aku buat kan untuk dia small shop untuk dia lebih beri tumpuan bizniz dia nie...setakat nie dia guna 2 orang minah indon untuk bantu dia bab packaging...minah2 indon tu pun kerja secara sambilan jer..bila oder banyak baru dia panggil...next week abis yang oder nie..ada satu lagi oder untuk kenduri kawen jugak..tapi kali ni untuk makan penangah nya...kek marble..

ok ahh...nanti aku up date lagi....





Kisah Rumput @ org yang menebas Rumput

1 ulasan

ekekekek....nie topik ciplak nie...ambik dari blog sanunnnnnnnnnnnnn...ekekeke
biasalah..sebenarnya hidup kita adalah sesuatu yg di tiru dari semasa ke semasa....tak percaya ekk..?
cuba korang peratikanketika kita kecil...kita pasti akan mengesot..merangkak..jalan jatuh..semuanya adalah dalam proses untuk kita berjalan dengan penuh kayakinan...kita pasti akan melalui evolusi tersebut...nak tak nak..proses tu pasti terjadi..mebi kita akan melangkah satu dua di dalam proses tu..tapi yang pasti..setiap dari kita untuk berjalan dengan lebih yakin...kita tak terus berdiri..kita pasti akan jatuh sekali sekala..so..semua org sama jerr dalam bab meniru nie...ekekekekek...

kita tengok negara jepun...bangsa peniru yang paling berjaya sekali di dunia ni....
so tak salah lah kan kalau aku meniru tajuk citer nie...muahahahaha....cuma aku oter sikit jer...
tajuk asal Kisah rumput @ Orang yang di sayangi.....

kenapa aku tak letak tajuk nya Kisah rumput @ Orang yg di sayangi...kenapa aku letak Kisah Rumput @ org yg menebas rumput..?

jawapan nya : suka hati aku lahhh...hahahahahah

bukan ker rumput nie hak milik semua org...hak milik bersama..setiap dari kita pernah memijak rumput..tapi kita tak lah makan rumput sebab nya kalau kita makan rumput...maka dengan secara otomatik kita akan sama lah jugak dengan peminat setia rumput ragut mr lembu...ekeke..
lembu suka makan rumput...dia berak kat rumput lps tu rumput tu lah jugak yang di makan nya...adehhh...
tapi ini lah sebenar nya sifat kecintaan lembu yang tak pernah kita nak nilai...
lembu ni..dia mempunyai sifat setia..sifat yang semakin lama semakin kurang pada kita...
apa tak nya...setia nya pasal...rumput yang dah di berak kan pun dia leh makan lagi...hahahah...setia lah tuuu...
walaupun dah busuk se busuk si nenet tu oopsss....dia stil setia jugak dengan rumput...

so..perlu ker kita nak jadi lembu agar sifat setia lembu tu ada kat kita....KALAU KORANG NAK JADI JADI LAHH...AKU TAK MOOOOOOOOOOOOOOO...hahahahahah

tak semestinya kita kena jadi lembu kalau kita nak setia...kita leh jadi kapal terbang...jadi lampu jalan...jadi highway karak..atau kita leh jadi kaburator motor....leh rempit puas2 ekekekekek

jom kita jadi rumput untuk setia...
rumput pun leh di jadikan ikon setia ekceli..alah macam ikon artis lahhh....
napa plak aku pilih rumput...? sekali lagi..aku jawap..:lantak ahhh blog aku..aku nak jadi apa pun suka aku lah...wakakakakakak...

rumput nie kalau kita lihat dari jauh..ia semua nya samaaaa jer....takder beza antara satu sama lain...
aku mula terpikir..kat blog sununnnn..dia suwuh anak murid nya cari rumput yang paling cantik...?
ada ker rumput yang paling cantik....? sepatutnya dia kena suruh anak murid nya pilih rumput yang paling SEGAR..BUKAN CANTIK...ekekekek...
tapi lagi sekali : blog dia..lantak dia lah nak buat macamana pun...HEHEHE

rumput setia...betul ker..apa tak betul nya...korang tgk...rumput lah selalu kena pijak...kena berak dek lembu..macam2 lagi lah....siapa yang di lindungi sebenar nya oleh rumput nie...kenapa dia sanggup untuk di pijak..di berak kan...? siapa yang di pertahankan..?
siapa lagi....rumput mempertahankan apa yang ada di bawah nya lah....apa yang ada di bawah rumput..?
ada semut..ada cacing..dan yang paling penting ada tanah...rumput membinasakan diri nya untuk mempertahankan tanah dari di cemari segala buangan yg direct akan ker tanah sekiranya tiada si rumput nie....
begitu setia nya rumput dengan tanah kan....
tapi kita tak pernah nak menghargai jasa rumput nie...sedangkan tanah adalah merupakan satu2nya yang kita sentiasa lihat dan hargai ia.....
RUMPUT DAN TANAH ADALAH SEPASANG KEKASIH YANG SETIA....YANG SELALU MEMISAHKAN MEREKA ADALAH KITA...
kita ahhh...selalu panggil org potong rumput yang dah panjang...ada yang lebih zalim lagi pi racun rumput tu...kasi togel..biar nampak tanah jer...jahat tau koranggg...pisah kan rumput dengan tanah...

oleh itu...kesimpulan nya...
aku tak tahu nak tulis apa ekceli..so aku tgk blog sanunnn ada topik nie..topik pasal rumput..so aku ciplak ahh tajuk nya...
tu jerr

hahahahahahhahahahahaha

katak oh katak kenapa panggil hujan
macamana aku tak panggil ....
hujan tak mo turun.......................

Sebatang LiDi

1 ulasan

salam.....

adehhh rasa tak sedap badan betul...tekak dah mula sakit nie..idung dah mula rasa macam tersumbat plak....
nak demam niee.....nie yang tak syok nie....

apa yang aku nak cerita kali ni adalah mengenai forum jomlayan.....
aku agak tersentak bila di beritahu rupa2 nya forum ni ada jugak memberi faedah kepada sesetengah porumer...walaupun forum ini lebih kepada berbentuk forum entertainment..iaitu lebih kepada forum menghiburkan...forum sonok2...namun tanpa aku sangka...ia memberi kesan yang mendalam pada sesetengah porumer..melalui forum ini mereka mendapat keseronokan..hiburan...teman..dan yang paling penting dapat mengisi jiwa mereka ....

Alhamdulillah sehari demi sehari...forum ini terus berkembang terus di kunjungi oleh para pengemar nya..biarpun yang online tidak seberapa ramai...namun melihat dari stastik nya...forum ini sering di baca dan di lawati tidak kurang dari 40 orang....tujuan utama forum ini adalah untuk mengumpulkan pengemar2 forum terutama nya dari yang berbangsa melayu...agar kita dapat mengujudkan satu komuniti yang bebas bersuara..satu komuniti yang dapat menolong antara satu sama lain...
mungkin kita tak sedar akan kekuatan diri kita....mungkin kita rasa diri kita terlalu banyak kelemahan nya jika di bandingkan dengan orang lain...namun kita lupa sebenarnya diri kita ini mempunyai kekuatan nya tersendiri..cuma kita tidak tahu bagaimana hendak kita gunakan kekuatan diri kita itu...

Dalam mencari erti kehidupan ini...kita sering di temukan dengan pelbagai jenis manusia dan pelbagai jenis dugaan..kadangkala kita tidak mampu untuk mengharungi nya sendirian...kita perlukan teman uuntuk berbicara...kita perlukan teman untuk meluahkan apa yang kita rasa...Namun bukan semua orang boleh membuka mulut dan bercerita tentang nya secara berdepan...apa yang terbuku di dalam hati kita..jika di pendamkan ia nya akan lebih membawa keburukan dari kebaikan...

Mungkin salah satu...tempat yang kita boleh melepaskan apa yang terbuku di hati ialah berforum...dengan cara penulisan bukan cara lisan...serba sedikit ia akan melegakan diri kita setelah kita meluahkan nya.
JOMLAYAN.com bersedia malahan mengalu alukan semua porumer untuk mengaktifkan diri di dalam forum yang bakal berusia 3 tahun pada 1 jun 2008 ini.

KOMUNITI CYBER MELAYU itulah yang di harapkan dapat di bentuk di dalam forum ini...
jomlayan berharap sangat melalui forum ini...satu komuniti yang sihat dapat di bentuk untuk menolong antara satu sama lain. Hidup ini bukan nya untuk seorang jer kan...kita perlu bermasyarakat..perlu berjiran...macam tulah jugak dalam dunia cyber ni...kita perlukan masyarakat lain untuk hidup dalam dunia yang tanpa sempadan ni....memang kita boleh hidup bersendirian di dalam dunia cyber nie...TAPI kenapa memilih untuk menjadi STATIK..sedangkan kehidupan yang mencabar adalah lebih bermakna dari just hidup macam tunggul kayu yang reput yang menantikan ia nya rebah?...Sebab itulah jomlayan berharap..di dalam keseronokan kita berforum ,..di dalam keseronokan kita melayari alam cyber ni...kita hendaklah sentiasa ingat...bahawa kita adalah insan...insan yang mempunyai pelbagai emosi dan naluri....begitu juga dengan porumer yang lain..mereka juga insan seperti kita...oleh itu hendak lah kita hormat menghormati antara satu sama lain...kalau dapat..kita sesama porumer hendaklah tolong menolong jika ada d antara kita yang mendapat susah...TOLONG LAH SEKADAR YANG KITA MAMPU.....InsyaALLAH jika niat kita ikhlas ALLAH akan membalas nya.

adehhh...makin pening pala aku nie.....tak sedap betul rasa badan nie...
so aku kena stop menulis dulu ...walaupun banyak lagi yang hendak aku bebel kan nie...hehehe

salam forum dari aku untuk semua rakan2

sebatang lidi akan mudah di patahkan........................

bang berahimm...tulun bangg.....

2 ulasan

letih nya kepala otak nie....
hmmmm.....apa lagi ekk....macam2 dah buat....penat..pening...pitam....macam2 p ahh...ekekek
tapi takper...usaha tetap usaha...jangan berputus asa...tak baik ..nabi marah umat nya cepat berputus asa....
aku nak luahkan...apa yg ada dalam hati nie...tapi tak gheti..so aku terpaksa lah meroyankan diri aku nie....tapi rasa macam tak puas...aku tak dapat nak luahkan apa yang sebenar nya....
semakin hari semakin aku tak puas hati dengan pencapaian aku ni...tapi aku still redha..kejayaan bukan sesenang yg kita mahu...
bukan sesenang makan kuaci sambil tgk tv...huhuhuu...dah mula lah nie aku nak merepek....
ingat kan petang nie dapat berkongsi pandangan dan pendapat...mmmmmmmmm...tak leh jugakkk....adehh...takpe lah...belum ada jodoh nak mengeluarkan apa yg ada dalam hati nie...
agak keciwa jugak bebenor nya nie.....
kat sapa lah agak nya aku boleh bercerita tentang kekeciwaan aku nie....huhuhu
nie sikit hari lagi sampai tahap down aku nie....

apa lagi yang aku kena buat...? apa lagi yang aku kena layan..?apa lagi yang aku kena oter..?
walaweiiiiiiiiiiiiiiii....aku letihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.......
apa yang ada lah nie...cuma semangat yg tinggal macam..semangat 46 jer nie hahahahaha....
tak per lah...usaha selagi daya....usaha selagi mampu....

nie yang macam nak nyanyi jer niee...

"tiba-tiba langkah ku terhenti...sejuta tangan telah menahan ku...
ingin ku maki..mereka berkata.....
tak perlu kau berlari..mengejar mimpi yang tak pasti..
hari ini juga mimpi...
maka biarkannn...ia datang...kepada mu..."

adoii hai....( style nabil nie )

termenung sana...termenung sini....
pandang sana pandang sini........
semua samaaaaaaaaaaaaaaa jer.....

injection perlu di bagi,,,,kalau tak...ia akan terus menjunam...malang nya....nurse dan doktor yang sepatutnya membantu bagi injection..semuanya....cuti kawen kot....tak pun cuti bersalin...lah nie kat selangor cuti bersalin dah di panjangkan.....
maka lena ahhh tido nya......
ataupun....nurse2 dan doktor2 nie...semua dah start nak menopos...ekekekek...
wat ever pun.....masa menjadi timming dalam sesuatu kejayaan....
kat sini...kita menunggu masa tu untuk tiba....
jangan sesekali menyalahkan org lain....sebab nya...kita mesti sabar dan belajar menunggu masa yg akan tiba jugak satu hari nanti.

tapi sampai bilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
sampai aku dah start nak down niee.....? aku sekeh kangggg....
nak kata down sgt tu tak lah kann...cuma bab letih tu...yes....aku mmg letih...
kdg2 sampai aku terpikir......
untuk apa nie semua..?

i need some one...untuk naikan balik semangat 46 aku nie....ekekek

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......

bagi tonik sikit...supaya aku kembali cergas...

untuk menjadi kan ia nya popular...senang...aku boleh sekejap jer jadikan ia popular...
tapi bukan itu tujuan aku

aku lebih suka kalau ia popular dengan munafaat...bukan popular di sebabkan menda lain....tu nak buat apaaaa....


nyanyi lagi lahhhh.....huhuhu

" penat berjalan ditengah kota
mencari teman ..bukan nya mudah
kalau tak tahu cara bertanya
kau akan tenggelammmmmm
di bawa arus..kesibukan kota
yang tiada henti..dari perubahaan
HIDUP INI PENUH CABARAN
kau akan tenggelammmm..."

lama tak dengar lagu alicat nie......rambut aku pun dah macam rambut david arumugam...serabai...ekekek

help me..help me...help meee....

bang berahim tulun bang....tulun bang berahim......( ni citer pendekar bujang lapok nya skrip nie...si arni panggil ibrahim pendek..)

ekekekekek

k lah

dah pukul 6....aku nak balik dahh....

#ekceli bukan semangat yg jatuh.....
otak aku yg semakin penatt.....cuma aku takut..kalau otak aku terlalu penatt.....semangat aku akan down......rasa2 macam nak sampai jer tahap tu....
sebab tu..aku perlu kan sesiapa untuk dengar bebel aku nie.....

kacauuuuuu

0 ulasan

mmmm....bosan plak rasanya hari nie....
buat apa pun rasa macam tak besss jer ..semua nya macam tak menjadi...
adehhh napa nie....
takder mood plak nak menulis hari nie..apa ntah lagi nak meroyan.....
something is goin on...tapi aku tak tahu apa dia....

kepala pun rasa berdenyut jer nie...tengkuk pun sakit....
tak selesa betul rasanya....

****AKHIR ZAMAN***

0 ulasan

sekadar renungan kita semua

http://www.harunyahya.com/indo/presentation/zaman_akhir/index.html

bertahan untuk 5 bulan jer..?

1 ulasan

ekekekekkeke

ada porumer yang mengatakan bahawa blog aku nie leh bertahan 5 bulan jer..sebab nya setakat nie tak silap aku ahh...aku dah ada 3 blog ker 10 blog.....wakakakakk
aku pun tak tahu apa kejadah nya banyak sangat blog aku nie.....yg aku tahu..aku mmg lupa pw blog2 aku yg dulu..adehhhhhhh ini macam nya org pun ada lagi ker...

napa ek 5 bulan tak 55 bulan ker....
kenapa plak pilih bulan tak pilih hari...hahahahahah
tapi kali nie..aku rasa ahhh....tak lupa dah pw tu...kalau lupa jugak....kompom ahhh aku nie kuat makan semut itam dengan kepala ikan...

bab kepala ikan tu mmg aku suka makan...tapi kalau semut itam tu....ishhhh....aku dah itam nak makan semut itam buat apa...mana leh sesama itam menindas sesama sendiri ekekekeke

macamana nak jadi tahfiz quran ek...kalau kuat sangat semangat pelupa ni...?
tahfiz quran..?? adehhhh no phone sendiri pun selalu lupa apa kehallll nya yob nak jadi tahfiz quran...
nie satu penyakit bagi aku nie...cepat sangat lupa...
org kata org yg cepat lupa nie....dia banyak dosa banyak buat menda jahat...yer ker? adohhh haiii....aku takder lah jahat mana pun...yang jahat tu bukan aku...aku baik maaaaaaaaaa...hahahah
jahat tu ada lah...tapi sikit2 ahh...mana ada org tak jahat...tipu ahhh tu....
tapi kan ...org jahat nie kan...dia lah sebenarnya org yg tak hipokrit...sebab nya
org jahat jarang menutup kejahatan nya..tak macam org yg baik2...selalu cuba menutup kejahatan dia org..so..kalau bab nie...org jahat lah lagi TELUS..MULUS...wachaaa....

kalau dulu2 time sekolah...time kat universiti...mmg aku nie agak nakal ah sikit...tapi tak lah jahat sangat...
ingat lagi aku time study kat Uitm johor dulu....pengetua panggil aku geng enam jahanam...apa tak nya...aku selalu masuk asrama lewat...time sepatutnya pukul 7 malam dah kena ada kat asrama...yg aku n the gang...biasanya ..pukul 9 malam baru nak sampai asrama...kita org pi ronda2 kat pekan segamat tu....pi tgk wayang ahh..pi makan2 kat great wall ahh..pi main snooker ahhh...biasalah masa tu zaman remaja..zaman remaja kan zaman pemberontakan jiwa...

tapi....
time study kat Uitm kelantan...nie lah time study yang paling bess dalam hidup aku...
macam2 hal aku buat kat kampus...

kita org kat kampus tu....tak lah ramai sangat student nya..ada lebih kurang dalam 800 lebih jer siswa/i..so boleh katakan kita leh kenal ahh muka masing2. aku time tu..tak join dengan group siswa2 yang jiwang karat...yg asyik dok berkepitttt jer dengan siswi....tak rock ahh bebbb...
geng aku nie lebih kepada yang suka mengacau siswi2.

antara perkara yg masih segar dalam ingatan aku masa zaman tu ialah

waktu kita org ketawa kan sorang siswi..tak silap aku student fakulti akaun.

citernya macam nie...
kita org di kampus tu...dewan makan kongsi..antara siswa dan siswi....
yang siswi makan dalam dewan...yg siswa makan luar dewan...dia ada pembahagi nya lah...tapi leh ahh nampak siswi kalau tgh makan..
tempat nak ambik makanan pula satu jer...tapi dia asingkan lah barisan di antara siswa/i...
yg sisawa kena beratur sebelah kanan....siswi sebelah kiri...antara kanan dan kiri tu jauh lah...
jauh dalam30/40 meter rasanya. so antara siswa/i nie ada dinding yg memisahkan kira org...tapi still leh nampak..sebab pintu di buka luas2.

jadi satu hari tu..time lunch...
aku n the group dan berpangkat...ari nie..geng kita semua...jgn serbu dewan makan..
kita org nie...kalau time makan..dewan makan belum bukak lagi..kita org dah lepak2 kat pintu dewan tu....kita org ahh biasanya akan jadi juara makan seluruh Uitm kelantan...juara bab ambik makanan dulu...hehehe
then tgh hari tu...kita org berpakat...group kita jgn masuk dewan dulu...siswa lain pun tak leh masuk...sapa nak masuk kita org tahan....kalau degil kita org sekeh...hehe
sebab nya kita org tak mahu masuk dulu...kerana kita org nak tgk siswi mana yg masuk dulu...sapa siswi yang pertama ambik makanan kat dewan....kita org nak pakat gelak ramai2..gelak kan siswi tu...kita org nak panggil dia juara makan uitm caw kelantan. heheh

so...time yg di nanti pun sampai ahhh

kita org semua menyorok sikit dari pintu dewan..mengintai...sapa siswi yg mula2 masuk...
so ada sowang minah tu...dari dip in account student...bila pintu dewan bukak jer..dia dengan ayu dan sopan santun masuk dewan..ambik try ..then pi ambik makanan...
apa lagi..aku n the gangg pun bersorak sakan ahhh.....yaaaa ini diaa...juara kita kali ini...juara makan.....jangan lupa ini lah ratu dewan makan kita....

hahahahaha...semua siswa gelak sakan masa tu...

minah tu terkedu..terkejut dia kena sorak....merah padam muka dia...terus tak jadi makan...

adehhh jahat sungguh aku masa tu.........................

tapi tu di antara perkara jahat..ekceli bukan lah jahat...nakal sikit jer...banyak lagi peristiwa2 kat uitm kelantan yg aku tak dapat lupakan...

k

ah..

chow dulu...nanti kita citer2 lagi ekkk

CounT ur chiKEn before They HATCH

0 ulasan

-you know what you are but not what you can become

-the greatest sin is to think yourself as weak

- to achive greatness you also to be passionate about your belief

-when u changes ur dream -there can be only two outcomes :make it or give up

-be not afraid of growing slowly, be afraid only of standing still

-

~~A NEW DAY~~

0 ulasan

mimiladiva

pahamla lebih kurang tp tak brp paham tujuan nk buat camtu....forumer yg ada pun masuk kdg2 aje....ramai yg dah tak aktif sgt...kalu pikir2 balik mcm pilih mod je....sama je cam skrg...mod yg monitor bod....


fendi

ape aku nak kata ni yer...ermm..bunyik mcm siyess je nak wat pr//emm..that mean..ade dua tiga atau empat kumpulan..dan mgkin akan bersatu mnjdi dua idealisma berbeza..tapi yg pasti..berbeza pendpt je lah kan,,,one gruop sdg mngeluarkan satu pendpt..dan ahli2nyer..sdg mnyokong...but.. at 1 board again..satu parti sdg menghentam lah kan,..its look cool........aku rasa klau bley ckp kdua2 ahli kumpulan msg2//try aa buat

shahliza94

kalau dikekalkan admin, super mod ngan mod yang ade pun seswai lagi kot.....

inazlina

bagi aku, utk apa buat semua ni?mencari kroni?mengakibatkan JL tempat berpuak-puak, siap ada grup sana & sini?pembahagian kumpulan sana sini?naper perlu semua ni? sedangkan kita sedia maklum, semua otai2 sedia maklum... pemberontakan GENG2 BERUK tu, hanya suka2...admin pun tahu siapa GENG2 BERUK tu... org2 lama pun tahu siapa dorang tu... dorang hanya muncul untuk memeriahkan suasana dlm ni... bila keadaan dlm ni muram, pucat, bosan, pasti ada seorang dua GENG2 ni muncul utk memeriahkan suasanautk apa pentadbiran ditukar kepada yg baru? belum tentu yg baru itu lebih baik & lebih bagus. Cuma yg perlu ditukar adalah sikap pentadbiran skg. Suka ambil perkara sesuatu itu secara mudah. Mungkin niat bergurau tp kan lebih baik dijadikan ia sebagai inisiatif utk berubah ke arah yg lebih baik, membaca & mendengar pendapat orang yg menilai kita...Geng Jahat - owner JL... dibantu oleh admin - andre, diablo, neezie... korang tahu konsep JL ni dulu? dari awal penubuhan hingga skg...tak perlu pertukaran pentadbiran, cuma persepsi kalian harus ditukar, fikir secara positif...ada masa kita bersukaria, ada masa kita kena serius, jgn dipandang enteng perkara2 yg tanpa disedari membuatkan forumer lain merasakan diri mereka tidak diperlukan di sini...kalao korang buat benda ni secara suka2, aku pun suka, tp kalo serius... sbb kena bincang secara serius... aku tetap akan buat suka2...sekian, pendapat doposen akuyg benar-tidak perlu ditandatangani-

inazlina

ok, noted ... tapi...perlukah admin dilantik berdasarkan parti yg menang? bukankah lebih baik melantik seseorang yg boleh buat keje, ada masa lapanggggggggggggggggggggggggggggg, & tahu selok belok forum...kan baik kasik je 20% kuasa admin tu pada SM je... mungkin kita perlu 2 SM drpd admin yg berlambak2... & tak tahu buat keje...

maira

baik kemaskinikan yg sedia ada je dr susah2 pilih yg lain..yg tak tau cemana keje lagi..


whitedolpin

nie pendapat peribadi aku lah nie. aku minta sorrylah kalau apa aku sebut nie x betoi.jl nie aku tengok ader pasang surutnyer. biasalah semua forum macam tu. sepanjang aku ngomel kat jl nie. aku perasan yang byk memeriahkan n kerap masuk jl nie aderlah dari mod dan admin. kalau ader forumer baru tu pun jap jer. ikut musim. maknanya jl terus berada pada tahap nie kerana mod yang selalu ader kat jl nie. (nie aku x sentuh time mod mod kecik hati ... x mau masuk jl yer.time tu jl memang nampak macam nak say tata jer. )aku terpikirlah ahli bukan main ramai.. tapi dorang x mau join ke ?.. napa x mau join. aderkah sebab corak pengurusan jl nie tak menarik minat dorang. sesuatu yang bosan dan tak menarik perhatian. maksud aku pengurusan yang lama dengan corak forum yang lama dan idea yang lama.bagus juga gj nak buat pemilihan dari forumer. tapi aku rasa cara nie x kan berkesan sgt. mungkin pada pemilihan pertama akan berjaya .. tapi pemilihan seterusnya.. semua nie akan jadi sejarah jer. yang pertama. kebanyakkan yang aktif disini aderlah dr mod2. jadi pemilihan ideologi baru tu x kan terjadi sebab x der forumer baru yang ramai dan aktif. baik admin bincang sesama mod macamana buat dasar jl dari memilih dari kalangan forumer. melainkan forumer baru muncul ngan ramai .. so idea gj ni akan berkesan sebab dah ada ramai muka n idea baru .. macam2 idea yang leh dikongsi dr forumer nie. jadi kesimpulannya.. kalau ramai forumer baru aktip maka byklah idea baru muncul bagi pentadbiran jl nie. so target jl perlulah mencari kelainan supaya jl ader muka baru.. org baru stay kat forum n aktif..


----------------------------------------------------------------------------------------------

ini di antara komen2 yang diberi oleh porumer jomlayan pada thread mengenai idea jomlayan untuk mengadakan satu revolusi forum yg baru di dunia cyber nie.

thanks pada yang sudi memberi komen2....

INSYAALLAH gj akan meneliti semua nya dan membuat keputusan secepat mungkin.

PAINTBALL JL

0 ulasan

Wahai ahlil-ahlil JL.Buat julung-julung kalinya, pihak JL akan mengadakan gathering perang sesama ahli, PAINTBALL.Sapo2 nak join, sila beri nama di dalam ni. Anda dilarang berborak. Nak borak pasal paintball, sila ke-->

PAINTBALL DISCUSSION
Tarikh: 10 Mei 2008
Masa : 12.00pm(masa berkumpul) 1.00pm-6.00pm
Tempat: Rimba Harmonis, Gombak (belum kompem lagik)
Bayaran: RM40 (termasuk topeng muka, marker & peluru sebyk 50 butir).
Tambahan RM10 utk 50 butir lagik.


wahhhhh sonok nyaaa.....jommmm ramai2 buat rombongan ke gombak...]
rombongan cik kiah